Dr Malar Kata Bukan Salah Air Sejuk Kalau Perut Buncit, Tapi Ini Puncanya

Share

Bila perut buncit, salahkan air sejuk! Eh, sebenarnya anda patut tahu puncanya daripada kalori makanan yang dimakan.

Haaa… ini penjelasan Pegawai Perubatan Jabatan Kecemasan Hospital Columbia Asia, Dr Malar Santherasegapan mengenai punca sebenar perut buncit.

Dr Malar Kata Bukan Salah Air Sejuk Kalau Perut Buncit, Tapi Ini Puncanya

“Buncit perut adalah disebabkan oleh lemak. Yang kelihatan seperti mengandung lima bulan itu adalah lemak. Bukan hanya makanan berlemak, lemak itu datang daripada semua makanan atau minuman yang masuk ke dalam tubuh kita.

“Apapun makanan yang masuk ke dalam tubuh kita yang kemudian tak digunakan sebagai tenaga maksudnya tak digunakan untuk berjalan, bercakap, bernafas, kita tak gunakan makanan itu sebagai sumber tenaga.

“Maksudnya juga kita terlebih makan, kita makan 5000 kalori namun kita gunakan hanya 1000 kalori sahaja jadinya baki 4000 kalori itu akan bertukar menjadi lemak.

“Lemak itu pula biasa akan disimpan di bahagian perut atau dalam bahasa perubatan abdomen. Di belakang hati, depan perut, belakang atau depan usus, di bahagian peha, tangan dan sebagainya.

“Jadi ingat, lemak datangnya daripada lebihan kalori makanan yang kita makan dan makanan yang badan kita bakar. Beza tersebut yang bertukar menjadi lemak dalam tubuh kita.

“Setiap kali terlebih makan 7700 kcal akan ditukar menjadi 1kg lemak dan disimpan dalam tubuh kita.”

Jelas Dr Malar, air sejuk merupakan satu jenis minuman yang kosong kalori.

“Ingat ya! Jadi tak kisahlah ia air panas, suam atau sejuk, ia tidak ditukar menjadi lemak. Ia tak ada tenaga atau kalori.

“Kalau anda minum air sejuk bergalen-galen, makan cukup-cukup dan berkerja di sawah, ladang getah mahupun nelayan, makan tak akan ada lebihan kalori. Tak kisah minum air sejuk tak buncitkan perut.

“Tetapi kalau kita makan lebihan kalori, tak kisahlah kalau kita minum air panas menggelegak pun, adanya kalori berlebihan dan akan membentuk lemak yang akan disimpan di perut dan terjadinya buncit,” ujarnya.

Bukan Salah Air Sejuk Tapi Kalori Dah Lebih

Ulas Dr Malar, ia bukan masalah air sejuk, yang salah adalah makanan, kalori dan lebih makan.

“Kalau orang nak minum air sejuk pada musim panas lit-lit ni, bagilah dia minum yang penting air putih, kosong dan transparen.

“tak kisahlah panas, sejuk mahupun suam, asalkan minum sangat membantu pada musim panas ni.

“Maka minumlah air kosong apa-apa temperature yang anda mahukan, jangan risau tak akan buncit perut meminum air tersebut,” kata Dr Malar.

Kesimpulannya tak kisahlah air suam atau sejuk, minumlah air kosong secukupnya setiap hari demi kesihatan.

Sumber: Facebook Dr Malar Santherasegapan

Published by
Nadia