Baru-baru ini tular bahaya penyakit Kawasaki setelah anak kepada pelakon Amyra Rosli diserang penyakit ini hingga dimasukkan ke hospital.
Justeru itu, ramai ibu-ibu di luar sana mulai bimbang dengan penyakit ini, terutama yang baru pertama kali mendengarnya.
Penjelasan Dr Izzar Anwari memberitau apa penyebab penyakit Kawasaki ini dan sejauh mana bahayanya boleh menganggu anak-anak kecil.
Penyakit Kawasaki / Kawasaki Disease
Penyakit Kawasaki adalah suatu penyakit demam akut yang menyebabkan keradangan (inflammation) pada salur darah di jantung dan selalunya berlaku pada kanak2 berumur bawah 5 tahun, lelaki dan berketurunan dari asia.
Punca kanak2 tu mendapat Penyakit Kawasaki tu masih BELUM DIKETAHUI lagi.
GEJALA-GEJALA Penyakit Kawasaki ialah:
-Demam tinggi (melebihi 39C) lebih 5 hari
-Ruam di badan
-Bengkak tangan dan kaki
-Bengkak kelenjar (di leher)
-Mata menjadi amat merah
-Keradangan di mulut, bibir dan tekak
-Lidah amat merah (macam strawberi)
Penyakit Kawasaki menyerang jantung anak dan menyebabkan komplikasi pada salur darah, otot, dan injap jantung kalau dibiar lama.
Berita baik. Penyakit Kawasaki ni ada rawatannya.Tapi yang penting, ibu bapa perlu bawa anak berjumpa doktor dengan segera kalau demam dah tinggi tu. Janganlah tunggu lama2. Amat penting rawatan diterima dalam tempoh 10 hari demam. Jaga diri semua #drizzarshares @ayshaarsylia
Artikel Berkaitan: Bahaya Virus Kawasaki Boleh Effect Jantung. Kenal Pasti Simptom Selain Ruam Yang Teruk!