Dalam melawan jangkitan Virus Covid-19 ini, ramai antara kita mengambil langkah berjaga-jaga dengan cara lakukan pencegahan.
Selain mendapatkan suntikan vaksin, ada juga antara kita yang guna spray gun untuk membasmi virus yang ada di kawasan sekeliling.
Namun begitu, sejauh manakah penggunaan spray gun ini berkesan untuk melawan virus Covid-19 ini.
Dr. Izzar Anwari berkongsi penjelasan keperluan pengguaan alatan ini di laman Instagramnya.
SPRAY GUN UNTUK LAWAN COVID-19? BERKESAN KE?
Korang mesti perasan banyak jual produk Spray Gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah.
Sebenarnya, ada banyak jenis alat spray ni iaitu electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer.
Alat-alat ini berfungsi dengan menukar chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan itu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata, atau pernafasan kita.
CDC tak kata dia menggalakkan ada tidak menggalakkan penggunaan alat-alat untuk nyah-infeksi C-19 di ruang umum. Tapi, jika digunakan, ia harus digunakan dengan SANGAT BERHATI-HATI / EXTREME CAUTION.
Jika Electrostatic Sprayer atau Fogger digunakan :
– Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
– Menggunakan chemical disinfection yang approved
– Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
– Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu.
– Guna dengan EXTREME CAUTION jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak2 main.
Fahami risiko :
– Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
– Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak2 bermain.
– Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.
Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19.
Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat.
So, bagi saya untuk penggunaan rumah, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehla bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah #drizzarshares
Artikel Berkaitan:
Periksa Sendiri Guna Ibu Jari, Cara Mudah Ketahui Risiko Masalah Penyakit Jantung
Puasa 16 Jam & Diet Menu ‘Eat Clean’, Rahsia Wanita Ini Hilang 13 KG Dalam Masa 3 Bulan