Dr Izzar Ingatkan Buat Penilaian Kendiri Covid-19, Ingat TRIIS. Sebelum Rentas Negeri Balik Kampung!

Share

Nampaknya setelah hampir setahun tidak dibenarkan rentas negeri, kerajaan telah memberi kebenaran berbuat demikian kepada individu yang telah lengkap menerima suntikan vaksin.

Pengumuman ini dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu sidang media semalam. Beliau berkata, keputusan itu susulan kadar vaksinasi mencapai 90 peratus.

“Mulai esok (Hari Ini), bebaslah dan inilah sebenarnya yang ditunggu-tunggukan masyarakat selepas kerajaan sebelum ini terpaksa tegas dari segi pergerakan rentas negeri.

“Dengan keputusan ini, Keluarga Malaysia bebas melakukan pergerakan seperti balik kampung untuk berjumpa ibu bapa yang lama berpisah, melancong dan sebagainya,” katanya pada sidang media khas yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen dan platform media sosial Facebook.

Namun begitu sebelum kita balik menemui keluarga tersayang, ada beberapa perkara perlu diambil kira bagi memastikan keselamatam kedua-dua belah pihak

Dalam perkongsian Dr Izzar Anwari di laman Instagramnya, memberi pesanan apa perlu dbuat sebelum dan ketika sudah sampai di kampung halaman masing-masing.

Ini Perlu Dibuat Sebelum Balik Kampung

izzar Alhamdulillah 90% orang dewasa di Malaysia sudah divaksinasi lengkap.Tahniah! Bolehlah merentas negeri balik kampung.

Kepada yang enggan divaksin, kirim lah barang dari kampung. Kalau nak pulang kampung juga walaupun memilih untuk tidak divaksinasi, ingat risiko yang anda bawa kepada ahli keluarga anda.

Sebelum pulang ke kampung, buatlah penilaian kendiri C-19. Ingat TRIIS

– TEST – Buat ujian saringan C-19 kendiri

– REPORT – Laporkan keputusan ujian di MySejahtera walaupun negatif

– ISOLATE – Kalau positif. Tak perlulah pulang kampung lagi. Asingkan diri di rumah dahulu. Patuhi HSO oleh KKM

– INFORM – Beritahu kontak rapat anda positif C-19 dan maklumkan kepada CAC berhampiran jika gejala atau kesihatan semakin merosot

– SEEK – Pergi ke pusat perubatan atau CAC jika mengalami gejala berat seperti sakit dada, sesak nafas atau suhu badan terlalu tinggi.

Sekarang ini atas tanggungjawab masing-masing. Kalau degil juga balik kampung tanpa divaksin, apa2 yang terjadi nanti korang muhasabahla sendiri.

Tiada siapa nak menghalang anda. Roadblock pun dah tiada. Jujurlah pada diri sendiri. Menipu kan berdosa.

Selamat berjumpa dengan orang yang tersayang

Ambil vaksinasi dan patuhi SOP.

Jangan tiba-tiba EL pulak minggu ni

#drizzarshares

Kredit Foto: Instagram Dr Izzar

Artikel Berkaitan:

Digalak Ambil 6 Makanan & Minuman Ini. Mampu Kembalikan Semula Rasa ‘Down’ & Tak Bersemangat!

Aktif Bersukan. Nana Mahazan Kongsi Tip Untuk Rajin Workout & Jadikan Rutin Harian!

Boleh Ke Dapat Covid-19 Dari Makanan Atau Bungkusan Makanan? Dr Izzar Jelaskan Info Berguna Elak Keliru!

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman