Dr Izzar Beritahu Bila Patut Buat Ujian Kit Kendiri Covid-19, Bila ‘Close Contact’ & Cara Baca Keputusan

Share

Baru-baru ini ramai yang agak keliru keputusan jadi negatif apabila membuat Kit Ujian Kendiri negatif pada hari pertama bergejala.

Namun begitu, keputusan jadi positif bila ujian dilakukan pada hari ketiga.

Ramai tertanya-tanya hari ke berapa sepatutnya melakukan ujian kit ini bag membuktikan sahih keputusan berkenaan.

Perkongsian Dr Izzar Anwari memberitahu bila waktu betul untuk membuat ujian kendiri Covid-19 guna ujian antigen (RTK-AG) pika tahu anda menjadi close contact mereka yang positif Covid-19.

HARITU BUAT UJIAN KENDIRI NEGATIF. TAPI HARI NI POSITIF PULAK. TIPU AH! 

Mula2 kita kena faham bahawa ujian kendiri COVID-19 juga adalah ujian antigen (RTK-AG). Ada dua faktor penting dalam memberi keputusan ujian kendiri yang tepat iaitu HARI UJIAN DIBUAT dan VIRAL LOAD

Self-test ni bergantung kepada tempoh jangkitan semasa sampel diambil dan mempunyai sensitiviti yang ‘sederhana ke tinggi’ semasa viral load tu tinggi. Maksudnya, waktu terbaik untuk membuat ujian kendiri adalah semasa VIRAL LOAD orang tu TINGGI. Kalau viral load tak cukup tinggi, ujian kendiri tu tak dapat mengesan pun C-19 dan akan menunjukkan keputusan negatif walaupun orang tu sebenarnya positif.

Jadi, macam mana kita nak tahu bila VIRAL LOAD kita ni tinggi? Bila kita dijangkiti dengan C-19, viral load dalam badan akan bertambah dan memuncak dari 3 ke 5 hari selepas hari terdedah dengan orang positif. Tempoh 3-5 hari inilah waktu yang paling sesuai nak buat ujian kendiri.

Namun, selalunya kita mana nak tau siapa kita jumpa tu positif C-19 ke tak kan. Camna nak kira hari ke 3-5 pulak? Sebenarnya sewaktu VIRAL LOAD tu tinggi dalam badan, ia juga dipanggil sebagai ‘INFECTIOUS PERIOD’ dan kita akan mula BERGEJALA semasa tu. Sebab tu kita digalakkan membuat ujian kendiri semasa bergejala. Semasa Infectious Period ini juga kadar jangkitan adalah tinggi.

Kalau kita pernah berjumpa dengan orang positif C-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba2 bergejala, pun buatlah ujian kendiri.

Dalam kes mula2 buat ujian kendiri dapat keputusan negatif, lepas tu buat ujian PCR positif pula ini kerana kebolehan ujian PCR mengesan C-19 adalah lebih tinggi. PCR tak perlu viral load yang tinggi untuk pengesanan. Sebab tu ujian PCR mahal. Cuma mengambil masa untuk dapat keputusan. Ujian kendiri ni murah, boleh buat sendiri n 15 minit dah dapat keputusan.

Kesimpulannya, untuk ujian kendiri C-19 (RTK-Ag) :

– Buat ujian 3-5 hari selepas bertemu kes positif C-19 yang kita tahu. Bukan buat terus lepas jumpa. Isolasikan diri dahulu.

– Buat ujian apabila bergejala

– Buat ujian menggunakan kit yang DIPERAKUI MDA dan ikut arahan penggunaan dengan betul.

Sebelum itu, dia juga beritahu cara betul baca keputusan Kit Ujian Kendiri sebelum upload di MySejahtera.

Dr Izzar turut mengingatkan orang ramai supaya membeli dan menggunakan Kit Ujian Kendiri yang mendapat perakuan dari MDA SAHAJA.

Di kit ujian tu, garisan akan muncul di Control iaitu ‘C’, dan di Test iaitu ‘T’. Macam ni cara kita baca keputusan:

– Keputusan POSITIF – Kedua2 garisan C dan T muncul. Walaupun garisan T tu samar dan tak sepekat garisan C tu, ia masih dikira dan keputusan adalah positif.

– Keputusan NEGATIF – Hanya garisan C yang muncul. Tiada garisan T.

– Keputusan TAK SAH – Hanya garisan T sahaja muncul dan tiada garisan C. Atau tiada apa2 garisan langsung. Maka kena buat ujian balik dengan kit baru la.

Keputusan kit tu hendaklah dibaca dalam masa 15-30minit. Kalau lebih 30 minit baru nak baca keputusan, dikhuatiri akan memberi keputusan tak tepat.

Dan selepas buat ujian kendiri ni, sila kemaskini keputusan di aplikasi mysejahtera walaupun keputusan tu negatif. Memang kita boleh rekod keputusan kita di Mysejahtera.

Apa2 pun baca arahan penggunaan betul2 dan belilah Kit Ujian Kendiri yang mendapat perakuan dari MDA SAHAJA. Hati2 dengan produk palsu. Gunalah bila ada keperluan dan belilah lebih letak di rumah.

Semoga bermanfaat. Jaga diri semua #drizzarshares

Kredit Foto: Instagram Dr Izzar Anwari

Artikel Lain:

Doktor Izzar Pesan 3 Alat Wajib Ada Di Setiap Rumah, Untuk Pantau Tahap Kesihatan!

Boleh Ke Dapat Covid-19 Dari Makanan Atau Bungkusan Makanan? Dr Izzar Jelaskan Info Berguna Elak Keliru!

Rupanya Seseorang Boleh Dapat 2 Penyakit Mental. Wanita Kongsi Pengalaman Hidap Anxiety Disorder 4 Tahun Lalu!

Published by
Siti Zurina Mat Saman