Doktor Kongsi Ubat Sesuai Untuk Ulser Mulut Cari Di Farmasi. Boleh Bantu Cepat Sembuh!

Share

Pedihnya kalau diserang ulser mulut atau juga popular dengan panggilan mata ikan.

Selalunya masalah ini berlaku apabila mengalami gangguan ketika menggosok gigi.

Ulser mulut ini akan menyebabkan selera untuk makan terbantut, lagi-lagi kalau makan makanan pedas.

Daripada bentuk kecil, ulser akan jdi lebih besar dan lebig parah akan tumbuh merata-rata dalam mulut. Lebih menakutkan, ulser jika dibiar berlarutan boleh jadi petanda awal kanser.

Perkongsian Dr Kamarul Ariffin memberitahu cara terbaik untuk mengatasi mata ikan ini menggunakan ubat bersesuaian yang boleh dibeli di farmasi.

Ulser mulut atau serawan atau mata ikan

Ulser mulut. Semua orang pernah alami keadaan ini. Walaupun ulser mulut ini selalunya bermula dengan saiz kecil namun ia adalah luka yang pedih di bahagian dalam mulut.

Nak makan pun susah kadang kala mood untuk menikmati makanan pun hilang. Betul tak?

Ulser pada kebiasaanya terjadi pada bahagian dalam bibir, dalam pipi dan di bahagian bawah atau tepi lidah. Bagi saya ulser di bahagian tepi lidah dan bahagian dalam bibir paling sakit dan menyebabkan susah untuk makan.

Kalau nak diikutkan ulser mulut ini sebenarnya boleh sembuh dengan sendirinya dalam masa 7-14 hari. Namun dalam keadaan sakit disebabkan ulser ini,  ada tak sebarang sediaan ubat yang boleh membantu untuk mengurangkan kesakitan dan membantu ulser mulut ini untuk sembuh cepat.

Ubat dalam bentuk “Pastes” & spray

• Membentuk satu lapisan pelindung dan memberi kesan melegakan ke atas ulser di dalam mulut

• Terdapat juga beberapa jenis ubat dalam bentuk pes & spray ini yang mengandungi tambahan ubat anti-radang untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. ubat-ubatan ini boleh mempercepatkan penyembuhan, terutamanya jika digunakan secepat mungkin pada ketika ulser dalam mulut baru bermula.

Contoh ubat/produk:

Oralon

Oralon-Extra

Aloclair Plus Spray

Difflam Forte

Gengigel Gingival Spray

Dan lain-lain

Produk jenis spray

———————————————–

Ubat kumur

• Selalunya akan mengandungi antiseptik untuk menghalang bakteria di dalam mulut daripada menjangkiti ulser.

• Terdapat juga beberapa produk yang mengandungi ubat untuk mengurangkan sakit dan bengkak

• Ubat jenis kumur dan lozenges ini berguna untuk dalam situasi merawat ulser mulut yang berada di lokasi yang sukar untuk dicapai

• Boleh juga membantu menjaga mulut agar bersih jika kehadiran ulser menyebabkan terlalu sakit untuk memberus gigi dengan betul

Contoh ubat/produk:

  • Hexidine
  • Bactidol Mouthwash
  • Oradex
  • Gengigel Hydrogel
  • Dan lain-lain
Produk jenis mouthwash

———————————————–

Ubat jenis gel dan lotion

• Selalunya ubat jenis ini mengandungi ubat untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak

• Terdapat beberapa produk juga mengandungi anestetik setempat untuk beri kesan kebas pada ulser (cth: lignocaine, benzocaine)

• Terdapat juga beberapa produk mengandungi antiseptik untuk menghalang bakteria daripada menjangkiti ulser

Contoh ubat/produk :

  • Re-liv Oral Lotion
  • Muco-Aid Liquid/Lotion
  • Oral Aid lotion
  • Orregel
  • Oral Aid Gel
  • Oralmedic
  • Mucopain
  • Herpesan
  • Gengigel Gingival Gel
  • Dan lain-lain
Produk jenis lotion

Semua cadangan ubat-ubatan di atas boleh didapati di premis Komuniti Farmasi dan boleh dibeli tanpa preskripsi.

Berikut adalah antara beberapa tip untuk membantu penyembuhan serta mengelakkan daripada tekena ulser mulut. Mungkin boleh kita amalkan dan kongsikan ilme ini dengan rakan-rakan yang lain.

● Untuk menjaga mulut yang bersih semasa ia tidak selesa disebabkan kehadiran ulser mulut, gunakan ubat kumur antiseptik.

● Jika terlalu sakit disebabkan ulser mulut, gunakan ubat untuk melegakan kesakitan sebelum makan.

● Cuba hisap ais untuk membantu mengurangkan kesakitan ulser mulut.

● Berus gigi secara perlahan-lahan, dengan menggunakan berus gigi yang lembut.

● Elakkan makanan dan minuman yang boleh menyebabkan atau merengsa ulser mulut.

● Pastikan gigi palsu diperiksa secara berkala untuk memastikan ia masuk pada kedudukannya di gusi dengan baik.

Product jenis gel dan lotion

● Minum sekurang-kurangnya dua liter (lapan gelas) air sehari (kecuali doktor menasihatkan agar menghadkannya).

● Makan makanan yang sihat dengan kerap, perbanyakkan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan berunsur gandum. Hadkan makanan yang tinggi lemak, gula dan garam.

● Boleh ambil vitamin dan mineral tambahan.

● Belajar dan mengamalkan teknik relaksasi dalam membantu mengurangkan tekanan.

● Berhenti merokok.

Ulser mulut memang memberi kesan dalam kualiti hidup harian kita. Kadang-kadang tu sakit sampai nak buat kerja pun susah. Sampai buat kita pening pun ada.

Harap dengan perkongsian saya ini, sekurang-kurangnya kita boleh ke premis Farmasi Komuniti untuk membeli ubat atau produk yang boleh membantu melegakan rasa kesakitan dan mempercepatkan penyembuhan user mulut.

Produk jenis gel dan lotion

Bincang dengan ahli farmasi komuniti anda untuk pemilihan produk yang sesuai dengan keadaan ulser mulut anda

Mohd Dziehan Mustapa

Pegawai Farmasi

Artikel Berkaitan:

Tak Tahan Diserang Ulser, Bintik Kecil Macam Nanah Kat Mulut. Ini Cara Rawatan Terbaik Disyorkan Doktor!

Terus Jumpa Doktor Lebih 2 Minggu Ulser Mulut Tak Sembuh. Takut Rupanya Simptom Awal Kanser!

Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Lenyapkan 20KG Dalam Masa 3 Bulan!

Published by
Siti Zurina Mat Saman