Doktor Kongsi Tip Mereka Yang Positif Covid-19, Tapi Nak Sambut Raya. Boleh Tapi Ada Syaratnya…!

Share

Bagaimana jika kita sudah menjaga SOP kendiri sebelum itu dan merancang untuk beraya sakan memandangkan sudah dua tahun tidak boleh menyambut Syawal, tetapi tiba-tiba disahkan positif.

Jika dalam keadaan begini, apa yang perlu dilakukan memandangkan pelbagai persiapan rapi sudah dibuat termasuk membeli kelengkapan raya kali ini.

Jadi bagi mereka yang disahkan positif ini masih boleh beraya atau tidak? Perkongsian Dr Arisman MD memberitahu tip jika mereka yang disahkan positif mahu beraya tetapi ada syaratnya.

Artikel Lain: Obesiti Hingga Lutut Sakit & Gastrik Melampau. Wanita Tekad Buat Bariatrik Kurangkan Berat Badan!!

Gambar sekadar hiasan

𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭𝐢𝐟 𝐂𝐨𝐯𝐢𝐝, 𝐭𝐚𝐩𝐢 𝐬𝐚𝐲𝐚 𝐧𝐚𝐤 𝐫𝐚𝐲𝐚 𝐣𝐮𝐠𝐚. 𝐀𝐝𝐚 𝐭𝐢𝐩𝐬 𝐭𝐚𝐤?”

Ada. Anda masih berpeluang melihat dan ikut berkumpul bersama sanak saudara yang lain. Tapi dengan syarat-syarat ini.

Pertama

Anda pakai pelitup muka sentiasa. Pelitup muka 3 ply medical mask atau KF94 ya. Bukan pelitup muka kain. Nak perlindungan yang tinggi, guna pelitup muka 3 ply medical mask sahaja.

Kedua

Pastikan anda tidak berlegar dalam ruangan yang jadi tumpuan atau laluan ahli rumah misalnya di ruang tamu dan dapur. So anda kuarantinlah dalam bilik yang senang untuk anda keluar dari bilik dan melihat suasana raya di ruang tamu dari depan pintu bilik misalnya.

Ketiga

Sudah pasti JANGAN bersembang dekat dalam jarak 1 meter. Masih amalkan SOP penjarakan selamat ini ya, ia sangat penting dan membantu mengelakkan penularan. Paling selamat adalah jarak 6 kaki.

Keempat

Jangan bersalaman.

NO SALAM untuk mereka yang positif Covid ya.

Kelima

Pastikan rumah ada pengudaraan atau ventilasi yang baik. Buka tingkap dan pintu rumah sentiasa. Elakkan penggunaan aircond.

Artikel Lain: Start Diet Bila Penyakit Menyerang. Makan Ikut Portion Betul, Rahsia Badan Kembali Langsing!

Keenam

Selalulah sanitize ruangan bekas tempat anda yang positif duduk itu dengan spray disinfektan. Misalnya Dettol.

Ketujuh

Tolonglah jangan keluar rumah kunjung mengunjung sanak saudara atau kawan-kawan. Bersabarlah sedikit. ..

Anda sangat berisiko untuk memudaratkan orang lain terutamanya mereka kelompok berisiko tinggi seperti warga emas, ibu hamil, bayi kecil, dan penyakit imun rendah seperti kanser dan HIV.

Anda hanya perlu stay di rumah sahaja dan tunggulah kawan-kawan atau saudara mara berkunjung ke rumah.

Sebaiknya adalah kalau anda berstatus positif Covid, isolasikan diri sehingga tamat tempoh kuarantin dalam bilik tanpa keluar bersembang dan sebagainya itu adalah paling baik.

Mungkin kita rasa Covid dah tak bahaya sebab lebih 90% adalah kategori ringan sahaja. Tapi kena sedar, masih ada 1-2 peratus yang dijangkiti Covid dengan kategori berat sehingga masuk ICU dan boleh meninggal. Kena ingat ya.

Kita tak mahu ini raya terakhir untuk ”mereka”.

Selamat menyambut hari raya menjelang tiba. Assalamualaikum.

Dr. Arisman, MD.

Artikel Lain: Ramai Yang Keliru, Doktor Ini Jelaskan Apa Sebenar Perlu Dilakukan Bab Jaga SOP

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman