Bagi mereka yang disahkan positif Covid-19 dan perlu menjalani kurantin kendiri memang sangat digalakkkan untuk sentiasa memeriksa kesihatan diri terutama level oksigen menggunakan oximeter.
Jika paras di bawah 90, anda perlu segera pergi ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Namun menjadi masalah jika mahu membawa ahli keluarga yang positif kerana bimbang turut dijangkiti.
Perkongsian Dr Hana Hadzrami memberi tip untuk membawa pesakit Covid-19 ke hospital dengan lebih selamat menggunakan kenderaan sendiri.
Menurutnya, anda perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang asas.
“Pertamanya pemandu perlu memakai pakaian perlindungan diri (PPE) yang asas. Perlu memakai pelitup muka jenis N95 dan juga face shield (pelindung muka) dan juga menggunakan sarung tangan. Jika ada apron plastik ebih baik untuk anda memakainya.
“Manakala untuk pesakit Covid-19 pula tidak perlu memakai pakaian PPE sebaliknya hanya perlu memakai pelitup muka 3-ply surgical mask.
“Kedua amalkan penjarakan fizikal dalam kereta. Contohnya jika anda berada di seat pemandu, pesakit perlu berada di belakang berlawanan dengan kedudukan anda. Pastikan juga jarak anda sejauh mungkin dengan pesakit
“Ketiga, anda perlu pastikan pengaliran udara yang cukup dalam kereta. Elakkan guna penghawa dingin dan bukalah tingkap,” ujarnya dalam satu perkongsian video Tik Tok.
Tambahnya lagi, dengan membuka tingkap ketika kereta sedang bergerak, boleh mengurangkan transmisi virus lebih daripada 50 peratus.
“Jika anda memandu dengan kelajuan perlahán, anda boleh buka semua tingkap. Namun jika anda memandu laju atau tidak dapat membuat tingkap kerana hujan, anda boleh buka tingkap separuh iaitu tingkap berlawanan dengan tempat duduk penumpang.
“Pastikan tingkap dibuka secara diagonal berlawanan dengan anda dan juga pesakit. Anda juga perlu membuka tingkap setiap 10 minit dan separuh pun sudah cukup.
“Kemudian setelah balik ke rumah, mandi dan bersihkan diri serta jangan lupa untuk lap dan nyahkuman (bersihkan) kereta anda selepas itu,” katanya lagi.
Jadi bagi anda yang mahu membawa sendiri ahli keluarga yang positif, boleh ikut panduan diberikan Dr Hana Hadzrami memandangkan kos untuk perkhidmatan ambulance juga agak mahal terutama untuk pesakit Covid-19.
Artikel Berkaitan:
Bahaya Kuku Tangan Ada Garis Putih Melintang Ketara, Mungkin Petanda Dijangkiti Covid-19
Kongsi Pengalaman Buang Rahim. Nourul Depp Ingatkan Kaum Wanita Buat ‘Checkup’ Setiap Tahun!
Bahaya Rupanya Letak Esen Vanila Bila Sakit Gigi, Doktor Ini Dedah Akibatnya