Sebaiknya, 3 bulan guna berus gigi anda kena buang. Jangan biar sampai berus itu kembang baru nak tukar.
Sebab salah satu cara menjaga kesihatan mulut adalah dengan menggosok gigi dengan sempurna.
Kalau ikukan, sejak kita masih kecil lagi dididik untuk memberus gigi dengan betul agar segala kotoran dalam mulut hilang.
Jadi pemilihan berus gigi yang bersesuaian juga sangat penting bagi memastikan kebersihan mulut terjaga sepenuhnya.
Artikel Lain: Henti Trend Makan Cheese Meleleh. Tak Bagus Untuk Kesihatan, Terutama Penghidap Diabetes!
Namun begitu, tahukan anda bila agaknya berus gigi perlu ditukar? Menurut kajian berus gigi yang tidak ditukar atau dijaga dengan baik akan menyebabkan kita mudah diserang sakit demam, batuk selesema, jangkitan mulut dan kulat.
Ini kerana sebenarnya berus gigi yang tidak dijaga dengan baik menjadi tempat paling disukai oleh kuman.
Malah dikatakan juga berus gigi yang rosak juga boleh menyebabkan gigi tidak dicuci dengan baik dan boleh sebab luka pada mulut.
Tunggu apa lagi, selepas ini kita patut menukar berus gigi dengan lebih kerap. Perkongsian doktor gigi ini di laman twitter menggunakan akaun @doktorgiginajib
memberitahu kita perlu menukar berus gigi setiap tiga bulan sekali atau sebaik saja melihat berus gigi tidak menyerupai berus gigi lagi.Artikel Lain: Gemar Buat Aktiviti Sukan Lasak. Rahsia Erra Fazira Kekal Jelita & Fit Lewat Usia 40an!
[Berapa kerap kena tukar berus gigi?]
Setiap 3 bulan sekali atau sebaik nampak berus gigi dah tak rupa berus gigi terus tukar
Korang bookmark ni sesiap. Mana tau lupa.
Gambar rajah berus gigi belah kanan bawah ni yang patut korang tukar.
Selain info ini, kita juga digalakkan untuk meletakkan berus gigi di tempat yang kering, dalam kedudukan menegak supaya ia terdedah dan mudah kering.
Elakkan juga meletakkan berus gigi di tempat lembap seperti sebelah sinki dan sentiasa keringkan cawan pemegang berus gigi.
Apa yang penting, penjagaan berus gigi itu sangat perlu diutamakan bagi memastikan kesihatan mulut dan gigi terjamin selamat dan tidak mendatangkan mudharat kesihatan.
Artikel Lain: Elak Wajah Kusam, Sapu Masker Homemade Manjakani. Hasilnya Kulit Lembut Macam Baby!