Doktor Dedah Rahsia Pesakit Usia 51 Tahun, Tiada Masalah Kolesterol & Maintan Awet Muda

Share

Jarang sekali mereka yang memasuki usia 50 tahun ke atas, tidak berdepan dengan masalah kesihatan serius.

Selalunya pada penyakit seperti diabetes, tahap kolestrol tinggi dan juga darah tinggi pasti akan datang seiring dengan pertambahan usia.

Namun perkongsian Doktor Mazliana Mazlan yang memberitahu pesakit ditemui pada usia 51 tahun tiada masalah kesihatan dan tidak mengambil sebarang ubatan.

Tambahnya hanya satu dalam 50 orang sahaja akan mendapat keputusan tahap kolesterol cemerlang seperti ini.

Artikel Lain: Doktor Kongsi 7 Tip Elak Jangkitan Virus Covid-19, Semasa Aktiviti Kunjungan Raya

Tiada petua tertentu diamalkan cuma melakukan puasa sunat setiap Isnin dan Khamis. Malah segala yang dilakukan memang memerlukan kesabaran dan disiplin tinggi.

Jarang-jarang sekali saya jumpa keputusan darah kolesterol pesakit cantik macam ni. Beliau tiada apa-apa masalah kesihatan, tidak mengambil apa-apa ubatan.

Saya kira, mungkin hanya akan jumpa 1 dalam 50 orang saja tahap kolesterol cemerlang begini.

Bila pesakit dah ada depan mata, saya cubalah kutip apa yang patut dari beliau.
Umur dah 51 tahun, tapi nampak macam 40-an saja usianya. Badan yang fit, cergas dan awet muda lagi.

Saya kongsikan di sini 10 perkara yang beliau kongsi dengan saya.

1. Puasa Isnin dan Khamis tak pernah tinggal, puasa-puasa sunat lain juga beliau amalkan.

2. Nasi hanya makan 1 kali sehari, cukup untuk isi perut yang lapar, bukan untuk mengenyangkan.

3. Makan bila lapar, bukan makan bila ada makanan. Berhenti sebelum perut rasa kenyang.

4. Makanan favourite adalah ulam-ulaman, sejak kecil diajar makan ulam oleh ibu ayahnya.

5. Kopi, teh dan milo tak pernah ambil sejak usia muda remaja. Beliau tahu ada kopi dan teh yang baik, tapi beliau tak minat. Katanya, kopi 3 in 1 betul-betul rosakkan badan.

6. Jarang sangat ambil air manis. Seminggu sekali pun susah.

7. Sentiasa ada buah-buahan di rumah walau 1 biji. Bila lapar, cari buah dan bukan biskut.

8. Setiap tahun beliau wajibkan diri buat ujian darah untuk lihat tahap kesihatan diri. Bila ada keputusan yang tidak cantik, beliau usaha belajar dan cari ilmu untuk kawal dengan pemakanan.

Artikel Lain: Kopi Campuran Antara 12 Produk Makanan Disahkan KKM Mengandungi Racun Berjadual. Sila Take Note!

9. Beliau tak percaya langsung dengan iklan makanan dan minuman yang ada di TV, sebab kebanyakannya adalah makanan tinggi gula. Banyak mata telah dikaburi.

10. Buat sesuatu, sentiasa fikir kebaikan dan keburukan. Apa kita nak makan dan minum, fikir dulu samada ia baik atau buruk untuk tubuh badan kita.

Ini gaya ayah-ayah yang nasihatkan anak. Saya belum mampu buat sepenuhnya apa yang beliau berjaya buat sejak usia muda.

Seawal beliau masuk ke bilik, saya siap tanya lagi, “Encik makan ubat kolesterol ke?” Sebab cantik sangat kolesterol beliau, sangsi pula saya kot ada ambil ubat kolesterol dari farmasi.

Rupa-rupanya, ada cerita menarik tentang gaya pemakanan beliau yang perlu kita contohi.

Mazliana Mazlan
Follow saya di FB dan telegram t.me/sembangsihat untuk perkongsian lebih tentang pemakanan dan gaya hidup sihat anak-anak dan keluarga.

Artikel Lain: Lepas 10 Bulan Berjaya Sarung Baju Saiz Kecil. Kongsi Kisah Diet Wanita Ini Tanpa Produk !

Published by
Siti Zurina Mat Saman