Doktor Ajar 5 Teknik Mudah Latihan Kuatkan Paru-Paru, Selepas Kena Jangkitan Covid-19

Share

Nampaknya sudah ramai yang menjadi manga disebabkan jangkitan virus Covid-19 ini. Malah ada yang terkena untuk kali kedua melalui varian berbeza.

Bagi mereka yang telah ada pengalaman dijangkiti virus ini, pasti akan berdepan dengan masalah pernafasan kerana virus berkenaan menyerang dan menganggu bahagian paru-paru.

 

Artikel Lain: Hasil Belajar Ilmu Diet Betul, Wanita Ini Bersyukur Boleh Solat Tanpa Duduk Dikerusi

Mungkin ada antara yang mengalami situasi kesukaran untuk bernafas walaupun sudah sembuh sepenuhnya.

Perkongsian Dr. Arisman MD muat naik video memberitahu lima langkah untuk menguatkan semula paru-paru selepas terkena jangkitan Covid-19.

Artikel Lain: Rajin Buat Yoga & Kurang Minum Manis. Rahsia Marsha Milan Tampil Fit & Menawan Di Pentas AJL 36!

5 Langkah Kuatkan Semula Paru-Paru Lepas Jangkitan Covid-19

1. Duduk tegak atau baring dengan keadaan selesa.

2. Letakkan satu tangan pada dada dan satu tangan pada perut.

3. Tarik nafas melalui HIDUNG selama 4 SAAT.

4. Tahan nafas selama 4 saat.

5. Hembus nafas melalui MULUT perlahan-lahan untuk tempóh 2 saat.

Amalkan ini setiap hari, insyallah anda akan dapat bernafas dengan lebih baik selepas itu. Jika masih berterusan mengalami masalah pernafasan, boleh terus dapatkan rawatan di hospital.

Artikel Lain: Doktor Jelaskan Pengalaman Bersalin Hingga Anxiety, Antara Sebab Penyakit Vaginismus Atau Faraj Tertutup

Published by
Siti Zurina Mat Saman