Diabetes, penyakit yang sukar untuk dikesan pada peringkat awal, sehinggakan sesiapa sahaja yang menghidapnya menganggap ia perkara ringan dan diabaikan.
Jangan pandang ringan pada penyakit ini kerana diabetes mencetus segala punca penyakit kronik dan jika tidak ditangani boleh membahayakan kesihatan seseorang, mungkin juga boleh membawa maut.
Diabetes adalah sejenis penyakit metabolik yang sering ditemui di merata dunia termasuk di Malaysia. Penyakit ini akan menyebabkan kerosakan organ-organ dalaman seperti ginjal, jantung, otak, saraf, mata, kulit dan sebagainya.
Seseorang yang dikaitkan dengan diabetes adalah mereka yang mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi dan boleh membawa banyak jenis gejala dan masalah lain.
Malahan, jangan anggap diabetes tidak menyerang remaja atau orang muda. Walhal, sekarang ini semakin ramai yang menghidap diabetes pada usia muda, bahkan kanak-kanak. Salah satu penyakit ini disebabkan oleh faktor keturunan.
Selain daripada faktor keturunan, terdapat juga faktor lain yang menjadi punca kepada penyakit diabetes iaitu, ketidak seimbangan pemakanan (makanan dan minuman yang tidak sihat atau manis), kurang bersenam, berat badan berlebihan dan sebagainya.
Diabetes juga dibahagiakan kepada diabetes tahap 1, tahap 2 dan lain-lain. Diabetes tidak hanya diturunkan kepada gen (keturunan) kerana faktor lingkungan dan pola gaya hidup juga boleh menjadi pemicu timbulnya diabetes.
Sesiapa sahaja boleh mendapat penyakit ini tanpa mengira jantina atau umur. Tidak dinafikan, semakin ramai pesakit-pesakit muda yang mendapat diabetes sekarang ini, malah ada pesakit yang dalam lingkungan umur belasan tahun.
Berat badan akan turun jika anda mengubah pola pemakanan, melakukan aktiviti yang melebihi aktiviti biasa, sembuh dari sakit dan sebagainya. Tetapi, jika berat badan turun tanpa sebab, mungkin kerana gejala diabetes tahap 1.
Kerap mahu membuang air kecil. Walaupun baru sahaja ke tandas, selang beberapa minit mahu ke tandas untuk kencing.
Tanpa sebarang sebab anda merasa sangat dahaga sepanjang hari. Ia terjadi kerana badan kehilangan air dan memerlukan cairan dalam badan.
Penglihatan anda semakin kabur kerana tingkat glukosa dalam darah meningkat.
Anda merasa cepat penat daripada biasa.
Bintik-bintik hitam timbul pada kulit dan biasanya berlaku di bahagian leher.
Kadar insulin membuatkan seseorang itu cepat merasalapar walaupun sudah makan banyak daripada biasa.
Petunjuk yang senang anda tahu tentan diabetes adalah luka pada bahagian badan. Perhatikan, jika anda mengalami luka atau tergores sehingga mengambil masa yang lama untuk sembuh berbanding biasa.
Diabetes jenis pertama (Type 1 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM – Insulin Dependent) atau diabetes awal remaja. Rawatan penyakit ini memerlukan suntikan insulin dari umur kanak-kanak atau awal remaja lagi.
Gejala: Ia berlaku pada kanak-kanak. Jika anak kerap rasa tidak sihat atau demam, lakukan ujian paras glukos dalam darah.
Diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes) – Dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90%-95% daripada penghidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (Type 2 Diabetes).
Gejala: Ia berlaku kepada orang dewasa. Kerap terkena jangkitan kuman atau kudis, luka yang lambat sembuh, kerap kencing terutamanya pada waktu malam, selalu rasa lapar atau dahaga yang luar biasa.
Ada beberapa kes di mana penyakit diabetes dapat dikawal seperti sedia kala tetapi dengan menggunakan ubat. Ada juga kes di mana pesakit diabetes yang pulih dan tidak lagi memerlukan ubat. Jadi, untuk mendapatkan kepastian, pesakit perlu mendapatkan nasihat daripada Pakar Perubatan masing-masing.
Sumber: Dr. Soehardy Zainudin, Consultant Nephrologist & Physician Tropicana Medical CentreTropicana Medical Centre (M) Sdn Bhd, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Artikel Berkaitan:
Walaupun Gout Jarang Serang Wanita, Kena Ambil Tahu Punca & Pantang Larang Elak Penyakit Ini
Rupanya Kalau Alami Kencing Berbuih, Tanda Ada Penyakit Dalam Badan. Doktor Ini Jelaskan Sebabnya!