Ramai tak ambil peduli tentang cara ukur saiz kasut yang sesuai. Padahal bukan selalu barang ada depan mata, sesekali suka juga beli online. Akhirnya, bila barang sudah sampai, tak muat dan lagi sakit hati tak selesa!
Tahu tak, memilih kasut dengan betul boleh memastikan kesihatan postur tubuh kita terutamanya tulang belakang?
Kalau nak pilih kasut pun, kena lah sesuai dengan majlis. Contohnya, memakai kasut khas ketika bersukan, kasut yang selesa untuk aktiviti lasak, juga kasut yang sepadan dengan penampilan ketika ke tempat kerja. Tambah pula dekat nak raya, kasut adalah antara item kedua terpenting selepas baju yang cantik untuk dikenakan di pagi raya.
Namun kadang harga kasut yang sama di kedai online lagi murah. Masalahnya kalau nak membeli online, kita mesti ada masalah nak ukur saiz kasut dengan betul.
Bukan semuanya sama, ada pelbagai saiz mengikut negara termasuklah saiz US, Europe, UK dan juga ukuran saiz kasut dari negara China.
Lagilah pening dibuatnya. Jadi ini antara cara nak tahu saiz kasut kita.
1. Tentukan Ukuran Panjang Tapak Kaki
Lihat pada carta dibawah. Tanda garis biru tu adalah ukuran bahagian dalam kasut. Saiznya kita boleh sesuaikan dengan ukuran panjang tapak kaki kita. Antara cara lain nak ukur saiz kasut ialah:
Ambil satu pita pengukur dan letakkan kaki kita rapat ke dinding (kaki dalam keadaan selesa).
Alaskan tapak kaki dengan kertas putih.
Tandakan pada bahagian jari kaki paling panjang.
Kemudian ukur dan tuliskan panjang tapak kaki.
Panjang tersebut adalah panjang kaki anda dalam ukuran centimeter (cm) atau milimeter (mm) dan padankan pada carta saiz kasut mengikut spesifikasi kasut yang ingin dibeli.
Kalau untuk kanak-kanak pula ada carta khas saiz kasut kanak-kanak.
Ukuran tapak kaki anda paling panjang adalah 240 mm (atau 24.0 cm)
Jantina adalah perempuan.
Maka saiz kasut yang sesuai adalah US 7, UK 4 atau EU 37.
Jika anda memang jenis suka pakai stoking, lebih baik ditambah sedikit saiz sehingga 0.5 hingga 1 inci (1.27 hingga 2.54 cm) untuk beri ruang kaki untuk stokin.
Pilih kasut yang sesuai dengan bentuk kaki. Ada sesetengah pengeluar kasut akan memberi info jenis kasut mereka seperti jenis menguncup di bahagian depan atau jenis yang besar di depan.
Jika mempunyai kaki yang agak besar di bahagian jari, anda tidak boleh memakai kasut jenis menguncup di depan. Akibatnya kaki akan cepat melecet semasa berjalan.
Ukur saiz kaki anda ketika waktu petang. Ketika ini kaki dalam keadaan yang baik (saiz optimum).
Anda masih mencari sepasang kasut yang selesa untuk dipakai ke mana-mana? Apa kata cuba koleksi baharu daripada jenama LARRIE!
Kasut ini diilhamkan dari konsep yang menawan, ikonik dan mengikut arus permodenan dunia fesyen, koleksi baharunya yang bertemakan Milano Fair menampilkan warna yang lembut dan sesuai digayakan dalam pelbagai majlis.
Diinspirasikan dari gaya Milano yang bergaya, koleksi ini menampilkan selipar, sandal dan Mary Jane dalam warna pilihan wanita kini seperti merah jambu, biru diraja dan putih romantis.
Eh, kasut sneakers jenis wedges pun antara yang menjadi trend untuk digayakan dengan baju kurung mahupun kebaya.
Menariknya, setiap koleksi didatangkan bersama kusyen di dalam tapak kasut yang tebal dan lembut. Tentunya kelebihan ini membantu menyokong dan memberikan keselesaan kaki sepanjang hari kepada si pemakai.
Jadi kalau nak berjalan banyak memenuhi jemputan musim raya ni pun, memang tak ada masalah!
Haaa… bukan hanya wanita, LARRIE juga membawakan koleksi lebaran dengan tema warna musim bunga dan musim panas buat sang jejaka. Ini termasuklah kasut kulis, loafers dan slip on.
Paling best, kasut ini didatangkan dengan kusyen tumit yang berfungsi sebagai serapan hentakan yang lebih baik selain membantu mengurangkan keletihan pada kaki. Tak ada lah rasa sakit kaki kalau nak berjalan lama.
Koleksi Aidilfitri LARRIE ini boleh didapati di semua Gedung membeli-belah utama di seluruh negara dan pilihan kedai dalam talian bermula serendah RM99 hingga RM399.
Layari larrieconceptstore.com atau www.larrieshoes.com untuk maklumat lanjut. Apa salahnya berbelanja lebih untuk kesihatan kaki kan? Barulah alah membeli, menang memakai!