Cara Jaga Beg Kulit, Tahu Rahsia Ini Boleh Tahan Bertahun

Share

Anda kena ambil tahu cara nak jaga beg kulit, sebab jika jenis berkualiti tinggi harganya boleh mencecah ribuan ringgit. Namun tak semua beg kulit yang asli mahal sampai anda dah boleh beli rumah. Ada saja yang mampu milik.

Kalau anda ada beg kulit asli yang sederhana mahal, anda masih kena jaga dengan penuh teliti walaupun berkualiti tinggi, sebab beg kulit sensitif dengan persekitarannya. Kalau tak bagi perhatian lebih, nanti ‘merajuk’. Ok, ni cara nak jaga beg kulit yang senang gila:

Cara Jaga Beg Kulit, Tahu Rahsia Ini Boleh Tahan Bertahun

Guna produk pembersih khusus untuk beg kulit

Produk pembersih khas untuk kulit boleh digunakan. Tapi, elakkan pembersihan yang berlebihan dengan bahan kimia kerana ia boleh merosakkan. Ikuti arahan penggunaan yang ada.

Selain tu, jenis kulit yang berbeza akan bertindak balas secara berbeza bergantung kepada bahan kimia dalam produk penjagaan beg kulit yang digunakan. Jadi pastikan produk yang anda guna tu sesuai dengan jenis kulit beg anda.

Simpan beg kulit di bilik yang sejuk dengan aliran udara yang baik

Sama seperti kulit manusia, beg kulit memerlukan sedikit pengudaraan untuk mencegah kulat dan bau hapak. Simpan di ruangan dengan aliran udara yang baik dan kelembapan rendah. Kelembapan yang tinggi boleh menyebabkan kulat pada beg kulit. Keluarkan beg beberapa minggu sekali untuk mengelakkan kulat tumbuh.

Jauhkan dari sinaran matahari

Jangan simpan beg kulit yang boleh terkena sinaran cahaya matahari secara langsung, sebab ini boleh mengeringkan dan seterusnya mengecutkan beg.

Jangan simpan beg kulit dalam plastik

Beg kulit pun perlu bernafas, so penyimpanan beg kulit dalam bekas plastik tak digalakkan sebab ia boleh menyebabkan penambahan kelembapan, kulat, atau perubahan warna. Simpan beg anda dalam dustbag atau beg cotton yang boleh salurkan udara.

Ingat semua tips ni tau kalau anda sayang beg kulit anda tu. Kalau pandai jaga, beg kulit boleh tahan bertahun lamanya. Bolehlah anda jimat duit dan tak perlu beli beg baru setiap kali beg lama rosak.

IKLAN