Biasanya kuali legend selalu jadi pilihan mak-mak walau ada banyak lagi gajet dapur yang canggih. Bagi sesetengah orang, lagi lama guna memang lagi best pakai.
Kuali yang pada asalnya cantik berkilat berubah menjadi hitam legam kerana kerap digunakan atau dimakan waktu.
Selalunya kerak dan lapisan hitam degil pada bahagian belakang dan pemukaan mencacatkan rupa.
Namun jangan risau, anda boleh cuba bersihkan kerak hitam itu dengan petua yang dikongsikan oleh Puan Amy Rosina. Apa yang best tentang petua ini, anda tak perlu sental kuat. Hanya menggunakan satu bahan rahsia ini selesai masalah.
Kapur makan
Berus dawai
Pisau
1-Ini dia kuali legend, dan sental pun ada lagi hitam.
2-Sapu belakang kuali yang berkerak dengan kapur.
3-Kemudian cari kuali besar dan isi air. Masukkan kuali yang disapu kapur tadi ke dalam kuali besar.
4-Didihkan di atas dapur.
5-Nanti akan nampak kerak-kerap hitam akan lekang dan tanggal. Didihkan lama, lagi lama lagi bagus. Kemudian tutup api.
6-Keluarkan kuali tadi yang masih panas dan kikis kerap pada bahagian belakangnya kalau masih ada. Ia jadi lembutdan senang dikikis menggunakan pisau.
7-Kerak yang tertanggal boleh dibersihkan menggunakan berus dawai.
8-Nah dah berkilat. Dari langkah sapu kapur, rebus dan kikis masa diambil tak sampai 30 minit.
Kini sudah tahu cara yang mudah apa kata buat pada kuali legend anda di rumah. Selamat mencuba!
Sumber: Amy Rosina