Kesihatan

Bukan Lagak Diva, Mona Allen Elak Kongsi Barang Kosmetik Takut Jangkitan Herpes

Share

Ada yang kurang senang apabila pelakon wanita, Mona Allen elak menggunakan barang kosmetik yang disolek waktu penggambaran.

Mona Allen Elak Kongsi Barang Kosmetik

Namun ini adalah jalan terbaik untuk mengurangkan risiko terkena jangkitan herpes yang semakin ‘mengganas’.

Mona atau nama sebenarnya Munna Hafiraneza Allen, 29, mengakui berasa lebih selamat tidak berkongsi alat solek lebih-lebih lagi ketika menjalani penggambaran.

“Itulah sebab kalau kita menjalani penggambaran, mesti akan guna alat solek sendiri,” katanya menerusi InstaStory.

Perkara tersebut diluahkan selepas membaca muka depan akhbar Kosmo! mengenai bahaya jangkitan herpes hanya kerana mencuba gincu dan pelembab bibir di rak kedai kosmetik.

Bagaimanapun, pendapat isteri kepada pelakon Pekin Ibrahim itu dipandang sinis sesetengah pihak sehingga dianggap cerewet seperti seorang diva.

“Selepas itu bila guna alat solek sendiri, kita kena ‘side eyes’ (pandang sinis) oleh orang sekeliling. ‘Rolled eyes’ (jeling) pun ada.

“Dapatlah gelaran diva. Apa awak rasa?,” ujarnya.

Apa Itu Herpes?

Menurut seorang ahli mikrobiologi di Universiti Aston, Birmingham, Dr Amreen Bashir, wanita boleh dijangkiti virus herpes hanya daripada gincu yang digunakan untuk pelanggan mencuba.

“Ramai wanita tidak sanggup berkongsi berus gigi dengan orang lain, tetapi mereka sanggup berkongsi produk penguji sedangkan risiko terkena jangkitan bakteria dan virus herpes daripada produk penguji amat besar.

“Lebih-lebih lagi, setiap individu mempunyai organisma hidup yang berbeza. Satu makeup tester boleh jadi digunakan lebih 30 hingga 40 orang yang mungkin ada antaranya menyebarkan virus tertentu!”

katanya.

Terbaru, sebanyak 108 kes herpes dikesan sebuah klinik di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Daripada jumlah tersebut, seramai 38 pesakit telah menerima rawatan, manakala selebihnya tiada sebarang gejala.

Gambar: Mona Allen

Published by
Nadia