Ramai berkongsi sarapan guna roti Gardenia Gourmet yang viral di media sosial, katanya sedap dan paling best boleh kurangkan pengambilan kalori yang diambil setiap kali makan.
Kalau nak tahu, jumlah hidangan roti plastik hijau dan merah untuk 2 keping roti 46.2g lebih rendah berbanding roti putih biasa Gardenia dengan 2 keping 61.5g.
Ada dua pilihan dua jenis roti buku istimewa berasaskan cita rasa Eropah selepas penjenamaan semula Gourmet Selections iaitu Roti Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections dan Roti Sommerset Cottage Gardenia Gourmet Selections.
Dengan Bonjour Sesawhite, anda dapat menikmati kemewahan bijirin bunga matahari yang memberikan kerangupan dan rasa kekacang dalam rotinya.
Dan jika pilih Sommerset Cottage pula, yang ini mempunyai adunan istimewa 12 bijirin premium diantaranya termasuklah biji chia, biji rami, kuinoa dan barli bagi menghasilkan tekstur dan rasa berbeza yang semestinya menepati cita rasa dan memuaskan selera.
Gourmet Selections dicipta untuk memenuhi selera para penggemar roti yang sentiasa menginginkan hidangan mewah setiap hari.
Gardenia Gourmet Selections ini sangat versatil, sama ada anda nak rasa hidangan savuri seperti Sandwic Tomato Panggang & Keju, mahupun Sandwic manis dengan kombinasi beri biru dan krim keju, roti ini sangat sesuai sebagai asas kreativiti kulinari yang sangat menyelerakan.
Sebenarnya sebelum ini Gardenia sudah memperkenalkan produk ini ke pasaran, tetapi terpaksa menghentikan pengeluaran buat sementara untuk pembinaan semula kilang yang terjejas akibat bencana banjir pada 2021.
Gardenia mengambil kesempatan itu untuk melaksanakan penjenamaan semula dan mengumpulkan produk-produk berkenaan di bawah jenama Gourmet Selections.
Owh ya, kalau rasa nak cuba Roti Gardenia Gourmet Selections, boleh cari di pasar raya runcit terpilih termasuk 7-Eleven, Giant, Aeon, Aeon Big, Jaya Grocer, VillageGrocer, Mydin, Tunas Manja, TF Value dan Lotus.
Bagi pelanggan-pelanggan yang lebih selesa membeli-belah dari rumah, Gardenia Gourmet Selections juga boleh dibeli secara atas talian melalui PandaMart. Tekan-tekan, sampai kaedahnya!
Bagi anda yang masih tiada idea nak makan macam mana, boleh tiru dua resepi ini.
• 2 keping Roti Sommerset Cottage Gardenia Gourmet Selections
• 10 biji tomato ceri
• 1 ketulan bebola keju Mozzarella
• 1/2 sudu kecil garam
• 2 sudu besar minyak zaitun
• 4 kuntum daun Basil Itali
1. Hiriskan ceri tomato setebal 2 cm atau potong empat.
2. Masukkan ceri tomato ke dalam mangkuk dan gaulkan bersama garam & minyak zaitun.
3. Susunkan ceri tomato secara berbaris dan tidak bertimpa di atas kertas gris di atas dulang
pembakar.
4. Bakarkan ceri tomato di dalam ketuhar pada kepanasan 110ºC selama 1 1/2 jam atau sehingga tomato mulai mengering dan mengecut.
5. Hiriskan keju bebola Mozzarella dan susunkan tiga hirisan ke atas setiap dua keping Roti
Sommerset Cottage Gardenia Gourmet Selections.
6. Susun ceri tomato panggang di atas hirisan keju Mozzarella.
7. Letakkan 2 kuntum daun Basil di atas setiap hidangan sandwic apabila menghidang.
• 2 keping Roti Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections
• 1 kotak beri biru
• 4 ketul raspberi
• 1/2 cawan air
• 1/2 sudu kecil vanila esen
• 1 sudu kecil jus lemon
• 3 sudu madu
• 4 sudu besar keju krim
• Beberapa helai daun pudina
1. Tuangkan air & 1/2 kotak beri biru di dalam periuk kecil.
2. Apabila air mula mendidih, masukkan esen vanilla, jus lemon & madu dan masak di atas api kecil
selama lebih kurang 20 minit atau sehingga airnya memekat.
3. Padamkan apinya dan ketepikan untuk menyejuk.
4. Apabila tidak panas lagi, gaulkan rebusan beri biru bersama keju krim sehingga sebati.
5. Apabila hendak menghidang, sapukan dua sudu keju krim beri biru ke atas setiap keping roti Bonjour Sesawhite Gardenia Gourmet Selections.
6. Susunkan baki beri biru dan raspberi di atas krim beri biru.
7. Hiaskan dengan petikan daun pudina dan bunga yang boleh dimakan.
Mestilah sedap, nanti boleh lah anda guna salah satu resepi ini buat menu diet anda semakin menarik dengan mengurangkan banyak kalori.
Sekadar info, Gardenia kini mengusahakan bakeri-bakeri di Malaysia dan merupakan pengeluar 56 jenis produk setiap hari termasuk pelbagai jenis roti buku, roti bun, rol, kek, wafel, dan produk-produk lain termasuk sapuan roti dan mee kuning.