Anda kena cuba buat perangkap cicak ini kalau binatang ini banyak dalam rumah, kos pun sangat jimat dan mudah.
Binatang ini kalau dah banyak, najisnya itu akan mengganggu. Nak solat pun was-was, takut terpijak tahinya tanpa sedar.
Kalau setakat bunyi rasanya boleh sabar lagi. Nak tahu banyak ke tidak, cuba check sekitar sinki rumah. Ada tak najisnya? Itu tanda-tanda cicak ada sekitar dapur.
Jangan risau, anda boleh cuba tips yang dikongsi oleh saudara Mohd Sanusi ini.
Semalam jadi tukang tangkap cicak, kita DIY perangkap cicak daripada kotak dan double sided tape.
Keratan kotak
Double sided tape saiz lebar
Gunting
Umpan: nasi dan cebisan ikan bilis
Kos: Lebih kurang RM2
Potong kotak ikut size yang sesuai dan mudah nak letak di lokasi.
Double sided tape lagi lebar lagi bagus.
Umpan nasi dan ikan bilis. Lepas ni nak try ikan masin pula.
Letak umpan dekat tengah-tengah perangkap.
Letak perangkap di lokasi yang biasa jadi tempat cicak berkeliaran. Hasil tangkapan memang puas hati dan tiada lagi masalah cicak penuh di rumah.