‘Biar Badan Rehat. Elak Lakukan Aktiviti Berat ” – Pesan Doktor Pada Remaja Lepas Suntik Vaksin!

Share

Seperti yang kita ketahui, buat masa ini kerajaan sedang giat menjalankan pemberian Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan(PICK) bagi peringkat remaja terutama murid sekolah.

Seperti orang dewasa, mereka juga sangat digalakkan untuk tidak melakukan beberapa aktiviti berat selepas mendapat suntikan.

Perkara ini dikongsi oleh Dr. Arisman MD yang memberi pesanan beberapa perkara perlu elak dilakukan bagi mengelak sebarang kemudharatan.

Ayuh ikuti perkongsiannya:

INGATKAN ANAK REMAJA KITA SELEPAS VAKSINASI

Rata-ratanya kami para doktor akan menasihatkan kepada individu selepas vaksin untuk tetap berehat di rumah dan elakkan melakukan aktiviti berat sehari atau hingga tiga hari. Sehingga badan betul-betul merasa ada tenaga untuk melakukannya.

Setelah berjuta vaksin disuntik di seluruh dunia dan beberapa data yang dilaporkan akibat dari kesan sampingan vaksin tertentu. Begitu juga dengan negara jiran kita Singapura yang melaporkan bahawa terdapat 1 kes remaja yang meninggal selepas vaksin Pfizer diberikan apabila individu itu sedang melakukan senaman berat. Punca kematian masih belum diputuskan.

Tetapi ada kemungkinan disebabkan oleh peradangan teruk pada dinding otot jantung, iaitu acute severe myocarditis yang boleh menyebabkan jantung tiba-tiba berhenti(cardiac arrest) semasa melakukan senaman berat.

Sehingga 30 jun kelmarin, Singapura melaporkan lebih kurang 12 individu mengalami masalah pada jantung sama ada myocarditis (peradangan dinding otot jantung) dan pericarditis (peradangan pada selaput pembungkus jantung) yang dikaitkan dengan vaksin Covid di negara itu. Terutamanya golongan usia 30 tahun ke bawah.

Beberapa kes juga turut dilaporkan di negara US dan Israel.

 

Oleh demikian, KKM mengambil langkah berhati-hati dan belajar dari data tersebut untuk menasihatkan individu penerima vaksin supaya tidak melakukan beberapa senaman berat selepas menerima suntikan sama ada dos pertama atau kedua. Bagi setiap jenis vaksin.

Senaman yang perlu dielakkan adalah;

1. Berenang

2. Berbasikal

3. Berlari atau jogging

4. Angkat berat

5. Bermain bola/ sukan

6. Competitive sports

Senaman yang selamat dilakukan adalah;

1. Berjalan kaki

2. Senaman regangan (Stretching)

3. Buat kerja rumah.

Oh ya, selepas menerima vaksin, badan kita akan dirangsang untuk membentuk antibodi melalui sistem imun tubuh.

Keadaan ini hampir pasti akan menyebabkan individu tersebut mengalami gejala demam, sakit badan, sakit kepala dan lemah atau lenguh seluruh badan. Terutamanya orang muda kerana sistem imuniti mereka masih kuat berbanding dengan warga emas.

Dalam keadaan sedemikian, disarankan untuk berehat dan dapatkan tenaga yang semaksimalnya dengan meminum cukup air dan memakan diet yang sihat.

Nasihat saya kepada mereka golongan muda selepas menerima vaksin, “please listening to your body. Don’t push yourself. Recovery is part of exercising too.”

Dr. Arisman, MD.

“Sama-sama belajar”

#repost

Artikel Berkaitan:

Ambil Sarapan ‘Homemade’ Ganti Suplemen. Rahsia Lelaki Ini Hilang 2KG Dalam Tempoh 2 Bulan!

Minum Kopi Boleh Kurangkan Rasa Penat, Tapi Pakar Nutrisi Pesan Jangan Ambil Berlebihan. Ini Bahaya Perlu Tahu!

Kekacang & Lobak Merah, Antara 7 Makanan Boleh Diambil Kaum Ibu Untuk Tambahkan Susu Badan

Published by
Siti Zurina Mat Saman