Rupanya ada cara kalau nak elak bahan serbuk minuman tak jadi keras atau ‘masuk angin’, kena ambil tahu cara simpan dengan betul dan beli sesuatu ini.
Kebanyakan serbuk minuman macam kopi, susu atau coklat akan disimpan dalam bekas, tetapi jika salah caranya tetap akan cepat keras dan berketul.
Jadi anda boleh cuba idea yang dikongsi oleh Puan Fasz Nadiah atau Nad, yang mana dia menggunakan oxygen absorber iaitu serbuk iron penyerap oksigen bagi mengatasi masalah berkenaan.
“Pernah tak serbuk Milo, Nescafe dan Horlicks korang jadi keras? Dah simpan dalam bekas kedap udara masih jadi macam tu juga walhal tarikh luput lama lagi.
“Hari tu ternampak kat Facebook orang kongsi mereka guna oxygen absorber (food grade) ni dekat dalam bekas coklat, kopi atau apa-apa serbuk.
“Jangan guna silica gel (non food grade) sebab tak sesuai letak dalam bekas makanan. Nak cari, carilah jenis yang food grade macam ni, dijamin selamat,” ujarnya menerusi perkongsian di Instagram.
Menurut wanita itu, oxygen absorber
yang dijual dalam paket berwarna kuning sesuai diletakkan di dalam bekas berisi serbuk coklat, tepung, serbuk rempah, ikan bilis, serbuk bawang putih atau serbuk teh.Paket berwarna hijau (food desiccant) pula sesuai untuk simpanan makanan seperti kekacang, biskut serta kerepek.