Bayam Brazil, Sayur Hijau Kerinting Banyak Khasiat. Paling Digemari Bantu Turunkan Berat Badan!

Share

Selain timun, petai, atau daun pegaga, bayam brazil juga sering menjadi pilihah untuk dibuat sebagai ulaman.

Bayam brazil atau dikenali dengan nama bayam sissol/samba letuce atau poor mans’s spinach antara sayuran yang paling mudah ditanam dan cepat membiak.

Daunnya tidak berlendir dan sedikit ranggup sesuai dijadikan sebagai bahan masakan seperti salad, masak tumis atau sayuran di dalam masakan barat.

Lain pula bagi masyarakat Brazil di mana ia dimakan secara mentah bersama tomato, bawang putih dan minyak masak.

Bukan itu saja, terdapat rahsia disebalik sayuran hijau kerinting yang juga mempunyai banyak khasiat terutama untuk kesihatan.

Antara kebaikkan dan khasiat Bayam Brazil ini adalah :

  • Melawan kanser
  • Mengekalkan kesihatan mata
  • Salah satu sumber vitamin K
  • Menguatkan tulang
  • Membantu menurunkan berat badan
  • Meningkatkan sistem imuniti badan
  • Membantu sistem penghadaman
  • Mengelakkan daripada sembelit
  • Membantu melancarkan darah
  • Mencegah anemia
  • Mengatasi masalah gusi
  • Nutrisi yang baik untuk pembesaran
  • Mengekalkan stamina
  • Mengekalkan kesihatan mulut
  • Mengikat kalsium
  • Mencegah penuaan pramatang
  • Mengekalkan kesihatan ibu mengandung

Pilihan menu untuk hidangan tengah hari atau malam:

  1. Sup bayam brazil/bayam brazil dengan suhun/sup sayur campur bayam brazil
  2. Gulai lemak bayam brazil /gulai lemak bayam brazil dengan udang/gulai lemak bayam brazil dan labu
  3. Tumis bayam brazil
  4. Bayam brazil goreng belacan
  5. Bayam brazil goreng tepung

Artikel Berkaitan:

Ambil Buahan & Sayuran Ini Sebagai Ganti Suplemen Dalam Diet Harian. Lebih Jimat & Selamat!

Elak Makan Petai Berlebihan Boleh Sebabkan Gangguan Buah Pinggang, Semak 3 Lagi Kesannya

Asparagus, Teksturnya Unik Tapi Banyak Khasiat. Elok Untuk Jantung & Jauhi Risiko Alzheimer

Published by
Siti Zurina Mat Saman