Pernah atau tidak anda diserang rasa sakit kepala berdenyut-denyut hingga menyebabkan segala urusan terganggu.
Sakit kepada yang selalunya menyerang di bahagian kiri ini boleh berterusan hingga dua hari atau lebih bergantung pada tahap kesakitan.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter Dr Samhan memberitahu perkara ini adalah disebabkan masalah migrain. Beliau turut menjelaskan punca dan cara untuk mengatasinya.
Artikel Lain: Doktor Ini Pesan 3 Bulan Guna Terus Tukar Berus Gigi. Jangan Biar Sampai Kembang!
Masalah ini lebih kerap berlaku kepada golongan wanita berbanding lelaki dengan nisbah perbandingan adalah 3:1 serta mempunyai hubung kait yang kuat dengan genetik.
BAGAIMANA MIGRAIN BOLEH TERJADI?
Ia berlaku apabila saraf otak menghasilkan cetusan maklumat yang tidak terkawal sehingga mana ia menggangu pembesaran dan pengecutan saluran darah.
Ia bermula dengan salur darah otak yg mengecil menyebabkan kawasan tersebut kekurangan oksigen
Kemudian ia menyebabkan saluran darah tersebut mengembang semula dengan lebih besar.
Perkara ini akan mengaktifkan reseptor sakit di bahagian tersebut sebab kurangnya darah pergi ke bahagian tersebut. Inilah yang menyebabkan sakit kepala.
APAKAH FAKTOR PENYEBAB MIGRAIN?
– Persekitaran: bunyi bising dan cahaya terang.
– Tabiat merokok
– Sesetengah jenis makanan: coklat, keju, kopi,teh dan alkohol
– Pengambilan ubatan: pil perancang kehamilan, ubat tidur dan pil hormon.
– Tidak cukup tidur
Artikel Lain: Doktor Jelaskan Pengalaman Bersalin Hingga Anxiety, Antara Sebab Penyakit Vaginismus Atau Faraj Tertutup
ADAKAH INI MIGRAIN?
Mengikut garis panduan yang dibuat oleh ‘International Headache Society’, pesakit pernah mengalami 5 kali serangan sakit kepala sebelum ini dan ianya bertahan selama 4-72 jam.
Dan sakit kepala tersebut juga perlu mempunyai 2 daripada simptom tersebut iaitu:
– Sakit kepala sebelah sahaja
– Rasa berdenyut
– Sakit kepala sederhana sehingga teruk
– Menganggu pesakit dari membuat aktiviti harian
APA RAWATAN MIGRAIN?
– Ubat tahan sakit seperti nSAIDS(sebagai contoh mefenemic acid, diclofenac dan naproxen)
– Ubat untuk migrain : Triptans dan ergot alkaloids(Sebagai contoh Caffox ,Sumatriptan, Rizatriptan)
– Ubat Tahan muntah:Maxolon, Chlorperazine dan promethazine
3 jenis ubat untuk mengurangkan serangan migrain adalah seperti:
– Anti-epileptics: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang sawan.
– Anti-depressant: Ubat ini selalunya digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan perasaan.
– Anti-hypertensive: Ubat yang selalu digunakan untuk merawat orang yang mempunyai tekanan darah tinggi.
Bantu saya untuk #share info ini sebab masih ramai yang belum tahu tentang migrain.
Artikel Lain: Hati-Hati Guna Pressure Cooker, Bahayanya Boleh Buat Muka Melecur & Hilang Penglihatan