Melihat kes jangkitan Covid-19 setiap hari masih melepasi angka 20 ribu memang sangat membimbangkan kita.
Namun dalam satu perkongsian oleh seorang Pakar Anestesiologi di Hospital Kuala Lumpur, Dr Hana Hadzrami bagaikan memberi titik cahaya di hujung lorong.
Perkongsiannya yang dikongsi lebih 20 ribu ini memberikan sedikit kegembiraan buat kita dengan situasi pandemik covid-19 yang berlaku kini.
Dalam catatannya di laman sosial Facebook, beliau memberitahu kemasukan pesakit Covid membabitkan warga emas sudah mula menurun.
Begitu juga dengan situasi di ICU, sudah nampak sedikit ruang berbanding dulu panjang senarai menunggu.
Walaupun kategori pesakit tahap ringan ramai, tetapi mereka ini hanya perlu pemantauan dan rawatan di wad saja.
Tambahnya lagi ada juga kalangan pesakit Covid yang kritikal tetapi dalam kalangan yang telah menerima vaksin, tetapi mereka ini sembuh sangat cepat berbanding yang tidak divaksin langsung.
Ini perkongsiannya yang sangat besar ertinya dalam situasi kita melawan virus ini.
Sebenarnya dari minggu lepas saya simpan khabar gembira ini.
Kami di Lembah Klang sudah mulai nampak titik cahaya dihujung terowong yang gelap. Samar-samar tapi penuh harapan.
Awal Julai kami dapati kemasukan pesakit Covid warga emas mulai menurun.
Minggu lepas jumlah kemasukan pesakit warganegara mulai menurun. Majoriti yang datang adalah warga asing.
Referral dari ED kepada team ICU untuk pesakit Covid kritikal semakin berkurang. Kalau dulu, panjang senarai menunggu di papan tulis ICU, dengan kertas bersambung-sambung sebab tak cukup ruang. Sekarang dah nampak sedikit ruang.
Kalau dulu, mayat berbungkus berselang-seli dengan katil pesakit hidup, dan canvas memenuhi segenap ruang dan laluan di ED. Sekarang dah nampak lantai.
Jumlah pesakit kategori ringan mungkin masih ramai tetapi mereka cuma perlukan pemantauan dan rawatan di wad saja.
Masih ada referral pesakit Covid kritikal ke ICU dari kalangan warganegara namun terdiri dari mereka yang tolak vaksinasi. Apa nak buat.
Ada juga pesakit Covid kritikal dari kalangan yang divaksinkan namun mereka sembuh sangat cepat berbanding yang tak divaksinkan langsung.
4 pesakit kami yang dah divaksinkan perlu bantuan pernafasan hanya 3-4 hari berbanding 2-3 minggu pesakit lain yang tak sempat menerima vaksin. Mereka pulih dengan X-ray dada yang bersih. Berbanding dengan majoriti yang rabak paru-parunya. Belum masuk yang dah meninggal.
Jumlah pesakit di ICU kami masih ramai. Hasil sebulan lepas punya kemasukan. Jumlah mereka yang BID pun masih ramai. Kita belum lagi menang.
Tak sabar nak jadi macam Sarawak. Di sana pesakit Covid kritikal di ICU hanya 3 orang. Sejajar dengan kelajuan dan keluasan kadar vaksinasi mereka.
Kita berusaha dan bertawakkal.
InsyaAllah vaccine works!
Slowly but surely
Ternyata perkongsian ini mendapat respon sangat bagus daripada warganet. Masing-masing mengharapkan agar sinar ini memberi cahaya kegembiraan buat semua memandangkan sudah lama dalam tempoh PKP ini.
Shahida Faznin #AlhamdulillahSyukur hehe… betul tu doctor. Saya la tu, pesakit covid yang memerlukan oksigen tu. Masa tolak masuk ward 26, HKL, sekejap je dah keluar. Dalam 5hari, gtu. Yang paling sakit n kritikal masa kat ward transit HKL tu moga ada sirna… Aamin
Hamdan Whilea Ya Allah lega sikit saya dengar dr Dr dan frontliner yang sendiri berdepan dengan Covid.. dari awal pkp smpai skrg, saya sntiasa percaya dengan team Dr n KKM boleh buat yg terbaik.. sebab sebelum ini selalu meeting denngan org KKM, kite tau betapa semua doktor-doktor KKM ni mmg teliti2 orangnya dalam buat keputusan.. so pujuk hati fikir mcm tu.. sentiasa berdoa supaya kita semua di keluarkan dalam kemelut Covid ini.. tiadasape kata seronok hadap Covid ni.. brlawan2 emosi.. mudah-mudahan tak lama lagi Putrajaya n negeri2 lain menyusul
Chang Ma Sarawak Allahuakbar …… Alhamdulillah …… Allah SWT Maha Mengasihi lagi Maha Mengasihani ……. Semoga Malaysia ku tercinta kembali pulih Terima Kasih para frontliner yg tak kenal erti putus asa, usaha dan penat lelah dah menampakkan hasil, in shaa Allah ……… buat netizen di luar sana mari ambik peranan masing-masing untuk pegi vaksin dan tetap jaga SOP bagi yang dah vaksin ……
Norashikin Bt Hashim Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Terima kasih frontliner. Semoga setiap peluh dan airmata menjadi pahala yang berganda² di akhirat nanti.
Kamarul Bahrin Alhamdulillah, semoga dipermudahkan segalanya..dan semoga ada “sinar” soon…in sha Allah.. kesian kepada semua frontliners kita & semua yang terlibat….
Aziz Hamid Alhamdulillah kita mula nampak sinar harapan. Doa semoga Allah permudahkan segala urusan aamiinn
Zaki Razali Alhamdulillah. Moga negara kembali pulih seadanya… Mohon diberi kerjasama dari semua rakyat malaysia membantu dlm program vaksinasi
Artikel Berkaitan:
Sembuh Dari Covid-19, Dr Ezani Masterchef Kongsi Survival Kit Perlu Ada Sepanjang Kuarantin Di Rumah
Wanita Tekad Buat Diet DSSS Elak Terus Obesiti & Penyakit. Hasilnya Hilang 50KG Lepas 10 Bulan!
Pentingnya Tahu Timeline Covid-19 Waktu Kuarantin Di Rumah. Kalau Tak Jaga Boleh Bawa Maut!