Asparagus, Teksturnya Unik Tapi Banyak Khasiat. Elok Untuk Jantung & Jauhi Risiko Alzheimer

Share

Asparagus, sayurnya tidak berdaun dan boleh tumbuh sehingga 25cm dalam sehari. Dikatakan asparagus berasal dari kata Yunani yang bermaksud ‘tunas’.

Ia mempunyai tekstur yang unik dan mempunyai banyak nutrisi yang baik untuk badan. Asparagus adalah anggota keluarga lily (Liliaceae) yang meliputi bawang putih dan bawang merah.

Untuk mengolah asparagus tidaklah sukar dan ia sangat mudah dimakan. Beberapa tip untuk anda yang ingin menjadikan asparagus sebagai hidangan untuk anda sekeluarga.

Tip Memilih Asparagus Segar

Pilih asparagus yang masih berwarna hijau, tidak layu, lurus dan kelopak pada bahagian hujungnya masih menutup.

Menyimpan Asparagus

Jika anda belum mahu digunakan, jangan bersihkan atau merendam asparagus. Sebaliknya potong bahagian hujung asparagus, masukkan ke dalam bekas yang diisi sedikit air dan tutup. Tempoh penyimpanan asparagus sekurangnya seminggu.

Mengupas Asparagus

Asparagus yang masih muda tidak perlu dikupas dan ada yang dijual di pasaran mempunyai tahap kematangan yang berbeza.Bahagian bawah yang berwarna putih menandakan asparagus itu sudah matang. Jadi, anda perlu mengupas bahagian kulit kerasnya untuk mendapatkan batang asparagus yang enak dan lazat.

Khasiat Asparagus Perlu Tahu

1. Kesihatan Jantung

Ia mempunyai asid folik yang tinggi dan mengelakkan dari penyakit kardiovaskular. Ia juga boleh menurunkan kolesterol jahat kerana kandungan serat dan potassium yang dapat mengawal kadar tekanan darah dan homosistein darah.

2. Jauhi Dari Risiko Alzheimer

Ia sayur yang kaya vitamin K dan 35% mencukupi dari keperluan harian anda. Kandungan vitamin K dapat mencegah stress saraf otak dan kerosakan neuron yang menjadi penyebab Alzheimer. Dengan vitamin K ia turut menghindarkan dari gigi berlubang dan osteoporosis.

3. Lancarkan Pencernaan

Pengambilan asparagus akan mengurangkan masalah cirit birit dan sembelit. Ia adalah satu-sastunya sayuran yang mengandungi insulin dan nutrisi bakteria baik dalam usus besar.

4. Cegah Kanser

Sifat asparagus yang anti kanser kerana kandungan glutathione iaitu antioksidan yang mampu memecahkan sel kanser dan radikal bebas.

5. Untuk Kesihatan Wanita

Asid folik yang tinggi sangat baik untuk ibu mengandung dan perkembangan janin. Bukan itu sahaja, asparagus juga boleh meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita. Asparagus dsangat baik untuk diambil setiap hari ketika untuk mengurangkan rasa sakit semasa haid dan menstabilkan emosi ketika PMS.

6. Mengatur Gula Dalam Darah

Ia meruapakan sumber vitamin B termasuk B1, B2, B3, dan B6. Beberapa Vitamin B ini dapat bekerja sama dalam metabolisme glukosa untuk mengatur gula darah. Kadar gula darah yang stabil boleh menghindarkan anda dari nafau makan.

7. Menurunkan Kadar Lemak

Zat kimia yang ada dalam asparagus membantu proses detoksifikasi untuk menghilangkan toksin dalam badan, tubuh, dengan memecah asid oxalate sehingga menurunkan kadar lemak.

8. Kaya Dengan Kalium

Ia mengandungi 288mg kalium dalam per cawan. Kandungan kalium inilah yang dapat mengurangkan lemak, rendah sodium dan tiada kolesterol. Sesuai untuk anda yang ingin menurunkan berat badan.

Kandungan Nutrisi: Asparagus – 4 batang

Segar atau dimasak

Kalori: 13kcal

Lemak: 1g

Kolesterol: 0mg

Karbohidrat: 3g

Protein: 2g

Serat: 1g

Sodium: 8mg

Asparagus boleh dimasak dengan pelbagai hidangan sihat seperti salad, sup, dimakan mentah atau dijadikan campuran jus dan smoothies.

Tip: Jangan terkejut jika air kencing anda berbau agak tajam kerana asparagus mengandungi methanethiol dan sulphur.

Artikel Berkaitan:

Roti Tawar Gandum, Pilihan Terbaik Untuk Yang Diet. Sesuai Juga Diambil Buat Pesakit Diabetes!

Buahnya Masam Manis, Tapi Banyak Manfaat. Selain Legakan Sinus, Nanas Juga Buat Mood Jadi Baik!

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman