Malah mungkin ada suara sinis yang akan mencadangkan agar pemakaian baju lebih besar atau longgar.
Namun, hakikatnya memilih saiz baju saja tidak memberikan sebarang impak positif buat mereka yang menginginkan perut rata.
Jangan cepat mengeluh dan bersedih, ada banyak kaedah-kaedah yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini.
Kalau tak banyak, dapat kurangkan sikit perut buncit pun tidak mengapa. Bila perut kempis, pastinya penampilan anda akan kelihatan lebih muda dan bergaya bak anak dara.
Tidur membantu sistem dalaman tubuh mendapatkan rehat yang cukup untuk menggantikan sel-sel badan yang telah rosak. Bila cukup tidur, sistem saraf, pengeluaran hormon, dan metabolisme kita juga akan berada pada tahap optimum dan akan menjadi lebih cergas.
Air limau sangat bagus diminum sejurus bangun pagi dan setiap kali lepas makan. Ini membantu fungsi hati untuk mengelakkan lemak terbentuk di pinggang. Air limau boleh meningkat enzim yang membantu proses nyahtoksik hati kita supaya berfungsi dengan lebih efektif.
Berpuasa juga salah satu kaedah untuk ‘nyah’ toksik hati. Amalan berpuasa dikatakan antara teknik mengempiskan perut yang paling berkesan. Lagipun, ini lebih mudah daripada kita merancang diet yang mungkin tidak mampu kita ikut.
Kebanyakan orang tahu, halia membantu untuk membuang angin dalam badan. Amalan teh halia dapat membantu proses pencernaan secara semulajadi tanpa bantuan suplemen atau ubat-ubatan. Bila rajin minum teh halia, ini meningkatkan suhu badan dan membantu proses pembakaran lemak terutama pada bahagian perut.
Pernah tak terasa macam kembung perut selepas makan ‘fast food’ atau makanan masin? Makanan yang tinggi natrium boleh menyebabkan pengumpulan cecair dalam badan. Ya, inilah yang menyebabkan perut kita buncit. Garam berlebihan juga menjadi punca kegagalan jantung, strok, dan kanser usus. Makan atau minum terlalu banyak benda manis pula akan meningkatkan kadar insulin dalam badan. Ini menyebabkan pengumpulan lemak di kawasan perut kita.
Setiap senaman tu ada fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan beberapa jenis senaman yang sesuai dibuat untuk mengempiskan perut.
Badan mungkin cantik atau dikategorikan kurus, tetapi kebanyakannya hampir pasti memiliki masalah sama iaitu lebihan lemak di perut, paha dan lengan.
Apabila sebut tentang senaman, ramai yang akan memberi alasan tidak ada masa atau terlalu sibuk dengan kerja di pejabat dan melayan keluarga di rumah sedangkan jika benar-benar kuat semangat, mereka boleh mencuri masa 10 hingga 15 minit untuk melakukan sedikit senaman terutama untuk mengurangkan lebihan lemak di pinggang dan belakang yang menonjol.
Lemak yang ‘terkeluar’ daripada pinggang seluar saat anda menyarung seluar jean, boleh mencacatkan penampilan dan keyakinan diri. Akan timbul juga ketidakselesaan jika perut dijerut ketat terutama ketika duduk.
Terdapat pelbagai cara praktikal yang berkesan untuk membakar lemak di bahagian ini namun di samping senaman, dua perkara ini harus dilakukan bagi mendapatkan tubuh idaman.
Jika anda sering berasa tertekan, ada kemungkinan tekanan menyumbang kepada dorongan untuk makan lebih dan menambah simpanan lemak di perut. Ini kerana apabila tahap kortisol yang tinggi terdapat di dalam badan anda, ia boleh meningkatkan jumlah lemak viseral contohnya di perut. Kita tidak boleh menghilangkan tekanan secara keseluruhan, tetapi cari cara atau aktiviti yang membuatkan anda relaks dan tenang.
Makan secara sihat. Diet sama penting dengan regim senaman yang anda lakukan apabila anda mahu menyingkirkan lemak di perut, pinggang, paha dan lengan.
Ambil makanan dalam saiz hidangan sewajarnya. Jika ada banyak pilihan makanan yang ingin dinikmati, kurangkan saiz hidangan. Kurangkan juga kuih dan kek yang kaya dengan lemak. Jika berkeras mahu makan, cukup sekadar makan satu atau dua gigit untuk memuaskan rasa teringin.
Amalkan menu pemakanan yang lengkap dan seimbang. Pastikan keperluan badan seperti karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan mineral dipenuhi. Banyakkan menggigit buah dan nikmati sayur agar tubuh memperoleh cukup serat.
Jangan makan hingga perut benar-benar penuh sehingga menyebabkan anda malas bergerak. Sebelum makan, minum banyak air putih agar perut sedikit terisi supaya makan sekadar perlu.
Artikel Berkaitan:
Tak Susah Nak Mulakan Diet, Wanita Ini Kongsi Jenis Makanan Rendah Kalori Boleh Cari Di Hipermarket