Dikatakan minum teh dapat membantu seseorang itu meredakan rasa sakit atau tidak selesa pada tekak.
Ini keran kandungan teh yang mempunyai antiokdisan yang dapat membantu badan melawan sakit seperti demam dan virus.
Pada masa sama, ia membantu meningkatkan imunisasi badan, sekali gus mempercepatkan proses penyembuhan.
Dalam artikel Detik Health turut memberitahu minum teh juga menjadikan seseorang kekal terhidrat supaya bahagian saluran pernafasan tidak kering dan pedih akibat sakit tekak.
Berikut beberapa jenis teh yang membantu mengurangkan batuk dan sakit tekak:
– Teh itu dikatakan dapat membantu tidur lebih nyenyak. Merujuk artikel Molecular Medicine Report, ia berfungsi melancarkan tekak untuk mengurangkan rasa sakit dan serak pada tekak.
– Ia juga bersifar antiradang yang mengurangkan bengkak dan kemerahan serta kandungan antioksidan untuk membaik pulih tisu.
– Mudah didapati dalam bentuk teh uncang atau bunga kering yang baru dibancuh. Bukan sahaja dinikmati sebagai minuman, tetapi dengan menyedut wap panas teh sahaja boleh membantu meredakan selsema.
– Teh kunyit boleh disediakan sendiri iaitu dengan cara merebus kunyit bersama air, kemudian tapis serbuknya.
-Anda juga boleh campurkan madu sebagai pemanis semula jadi. Madu juga mengandungi agen antibakteria semula jadi yang boleh legakan tekak.
– Menurut penyelidikan yang diterbitkan dalam Indian Journal of Research in Homoeopathy, kunyit mengandungi sifat antioksidan, antiradang dan antiseptik yang kuat.
-Gabungan ketiga-tiganya sangat membantu memulihkan tekak daripada sakit dan kerengsaan.
– Teh hijau kaya dengan sifat antioksidan dan antiradang. Sesetengah orang percaya bahawa berkumur dengan teh hijau membantu melegakan sakit tekak.
– Hasil kajian yang diterbitkan Anesthesiology and Pain Medicine mendapati, berkumur teh hijau boleh mencegah gejala sakit tekak selepas pembedahan.
– Teh hijau mempunyai banyak manfaat kesihatan lain yang boleh meningkatkan fungsi dan penyembuhan keseluruhan.
– Cara yang betul untuk menggunakan kaedah itu adalah dengan cara bancuh secawan teh hijau. Kemudian, biarkan sejuk. Setelah itu, kumur selama beberapa saat sebelum membuangnya. Ulang proses itu selama dua hingga tiga kali mengikut keperluan.
– Selain berkumur, boleh juga dibuat minuman, tetapi elakkan bancuh dengan air yang terlalu panas supaya khasiatnya tidak hilang.
– Mengamalkan teh lemon dan madu juga boleh meredakan batuk.
– Madu itu terkenal dengan sifatnya yang menjadi penawar pelbagai penyakit.
– Penelitian membuktikan madu lebih efektif daripada ubat batuk.
-Cara penyediaannya senang sahaja, anda perlu masukkan satu sudu madu asli dan perahan lemon ke dalam secawan rebusan air.
– Teh halia juga boleh melegakan batuk dan sakit tekak. Anda boleh menyediakan sendiri atau boleh mendapatkan teh halia yang telah siap di kedai.
– Pelbagai kajian menunjukkan halia mempunyai campuran antiradang dan antioksidan yang kuat. Kedua-duanya membantu memperbaiki keadaan tekak yang sakit.
– Selain itu, halia mengandungi komponen yang boleh mengendurkan saluran otot pernafasan. Hasil kajian terhadap haiwan pada tahun 2016 mendapati, ekstrak halia menghalang gejala batuk yang ketara dalam kalangan babi Guinea.
Sumber: Sinar Plus
Artikel Berkaitan:
Makan Pisang Dengan Air Suam, Cara Diet Paling Sihat Untuk Dapatkan Badan Langsing Bak Model