Amal Detox Bunga Telang, Bantu Kuruskan Badan. Ini 19 Lagi Khasiatnya Ramai Tak Tahu!

Share

Selalunya bunga telang dikaitkan dengan pembuatan nasi kerabu untuk menaikkan warnanya.

Selain itu, bunga talang ini juga mempunyai banyak khasiatnya terutama untuk kesihatan wanita.

Antaranya adalah untuk membetulkan kitaran haid bagi penjagaan dalaman  wanita. Sebenarnya terdapat banyak khasiat buga telang ini melalui perkongsian Ana Mahabu.

Artikel Lain: Ini Rupanya 5 Mitos Haid Paling Popular, Salah Satunya Status Guna Tampon

Khasiat Bunga Telang Untuk Kesihatan

Untuk membetulkan kitaran haid, ambil akar dan bunganya kemudian masukkan ke dalam air yang mendidih. Rebus bersama sedikit gula dan diminum ketika suam.

Resepi teh bunga telang yang boleh diminum untuk penjagaan dalaman wanita.

Bahan-bahan yang diperlukan:

– Segenggam Bunga Telang

– Segelas Air Panas

– Gula secukup rasa

– 1/2 biji limau nipis

Cara Membuat:

Masukkan segenggam bunga telang ke dalam gelas. Kemudian, masukkan air panas dan rendam bunga telang tersebut selama 5 

hingga 7 minit. Setelah airnya bertukar warna biru pekat, tapiskan bunga telang tersebut. Akhir sekali, masukkan setengah biji limau nipis dan gula secukup rasa. Air teh ini akan bertukar warna ungu yang cantik dan rasa yang amat menyegarkan.

2. Mengecutkan jerawat

Ambil beberapa helai daun pokok bunga telang, hancurkan dan ditampal pada muka yang berjerawat. Biarkan selama 30 minit kemudian bersihkan.

3. Melebat dan menghitamkan rambut

Kacang telang dipercayai amat bermanfaat untuk melebat dan menghitamkan rambut. Tumbuhan ini juga dipercayai mampu mengilatkan rambut serta dapat menyuburkan kulit kepala. Caranya, ramas bunga telang didalam segayung air, cuci rambut seperti syampu dengan air ramasan tadi.

4. Kuruskan badan

Teh herba bunga telang juga membantu anda detox untuk menguruskan badan. Caranya minum air bunga telang setiap pagi untuk detox.

Artikel Lain: Guna Cara Mudah Hilangkan Stretch Mark, Tak Perlu Stres Memikirkannya

5. Menghilangkan sakit kepala

Bunya telang juga dikatakan mampu mengurangkan sakit kepala. Caranya adalah ambil beberapa keping bunga telang, masukkan dalam kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur.

6. Mencuci darah kotor

Amalkan meminum rebusan Air bunga telang setiap hari kerana ia sangat baik untuk diamalkan untuk mencuci darah yang kotor.

7. Merawat cirit-birit

Air rebusan bunga telang juga mampu boleh merawat cirit-birit. Amalkan minum air rebusan setiap hari selama seminggu.

8. Mengatasi masalah sembelit

Caranya hancurkan biji kacang telang hingga menjadi serbuk dan bancuh dengan air kemudian minum.

9. Membuka selera makan

Bagi anda yang tiada selera makan, amalkan memakan daun telang bersama nasi. Ia akan membuka selera makan anda.

10. Merawat ulser mulut

Caranya ialah rendam bunga dan kacang telang  air panas. Minum seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut.

11. Insomnia

Air rendaman bunga telang juga mampu merawat insomnia. Amalkan meminum setiap hari untuk menyembuhkan Insomnia.

12. Mengubati bisul

Caranya hancurkan daun pokok bunga telang kemudian tampal pada bisul untuk mengubatinya.

13. Mengubati sakit mata

Caranya ialah rendam bunga telang  dalam 1 gelas air kemudian gunakan air rendaman tersebut untuk mencuci mata. Amalkan setiap hari sehingga mata sembuh.

14. Merangsang memori dan kebijaksanaan

Kacang telang dikenali dengan nama Shankupushpam di India yang telah digunakan secara meluas sebagai tonik otak dan ia dipercayai dapat merangsang memori dan kebijaksanaan seseorang.

15. Mengurangkan gejala asma

Rebus akar bunga telang dan amalkan meminum sebagai teh boleh mengurangkan gejala asma.

16. Mengubati batuk

Akar bunga telang juga dikatakan dapat mengubati batuk.

17. Mengubati pernafasaan

Rebus 40 gram akar bunga telang dengan 5 gelas air sampai tinggal separuh. Minum 1 gelas 2 kali waktu pagi dan waktu malam.

18. Mengubati sakit telinga

Caranya ambil beberapa helai daun telang, ramas dalam air dan campur garam. Kemudian sapu pada telinga yang mengalami sakit.

19. Mengatasi stress

Kandungannya yang bersifat anti depresan yang ada di dalam bunga ini mampu memberikan ketenangan dan rasa damai yang mampu mengatasi stress. Amalkan meminum air rebusan setiap hari.

Ana Mahabu

Artikel Lain: Lelaki Berjaya Kuruskan Badan Lepas Susah Nak Solat. Rahsianya Elak Nasi & Makan 12 Biji Telur Sehari!

Published by
Siti Zurina Mat Saman