Perasan atau tidak ladang-kadang mereka yang berbadan kurus tetapi mengalami masalah perut buncit.
Masalah perut buncit ini berpunca dari terkumpulnya lemak di bahagian berkenaan dan agak sukar untuk memecahkan lemak dalam masa singkat.
Perkongsian Syaza Nutritionist memberitahu bagaimana caranya untuk mengurangkan lemak dalam badan terutama di bahagian perut.
Ok hari ni saya akan share dengan anda semua macam mana cara nak kurangkan lemak dalam badan ni terutamanya bahagian perut ni.
Perut yang buncit bukan tanda Bahagia ye tapi boleh jadi faktor risiko masalah kesihatan terutamanya jantung dan kencing manis.
Macam mana kita nak tahu kita ada lemak visceral yang tinggi?? Mudah sahaja, jika ukur lilit pinggang anda lebih dari 35 inci (90cm) untuk lelaki dan lebih 32 inci (80 cm) untuk perempuan, itu telah menunjukkan bahawa anda mempunyai lemak visceral yang berlebihan.
Jadi ini 6 perkara yang terbukti menurut kajian yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan lemak visceral:
1. Elakkan gula tambahan dalam makanan dan minuman anda. – kajian menunjukkan, penambahan gula yang berlebihan boleh menyebabkan lemak berkumpul di bahagian abdomen dan hati. Ini akan memberikan kesan yang berbahaya kepada kesihatan secara keseluruhan.
2. Tingkatkan pengambilan protein – Protein yang mencukupi merupakan faktor utama dalam proses penurunan berat badan. Kajian menunjukkan ia dapat membantu mengurangkan “craving” sehingga 60%, membantu menggalakkan kadar metabolism sebanyak 80-100 kalori sehari serta membantu anda untuk kurangkan pengambilan makanan yang lain hampir 441 kalori setiap hari.
3. Kurang pengambilan karbohidrat – pengambilan karbohidrat yang sikit merupakan cara yang sangat efektif dalam mengurangkan lemak, terutamanya karbohidrat ringkas seperti gula, roti putih, kek, dan lain-lain. Cara ini bukan sahaja membantu mengurangkan lemak di perut malah dapat improve masalah kencing manis.
4. Tingkatkan pengambilan serat – kajian mendapati pengambilan serat yang banyak boleh membantu mengurangkan pembentukan perut buncit, membantu kenyang lebih lama dan mengurangkan “craving”.
5. Senaman secara berkala – senaman adalah merupakan perkara yang paling terbaik untuk membantu mengurangkan lemak di bahagian abdomen. Senaman kardio seperti berjalan, jogging dan swimming sangat membantu.
6. Track pengambilan makanan – tracking makanan ini bukanlah semata-mata perlu menimbang atau mengukur semua yang anda makan, tetapi tracking ini boleh membantu memastikan makanan yang anda ambil bukan under dan over- estimate.
Jadi tidak mustahil sebenarnya untuk kita kurangkan pembentukan perut buncit ni dengan lakukan perkara yang saya nyatakan tadi.
Semoga bermanfaat!
#syazanutritionist #pakarpemakananwanita #jomsayheart
Artikel Berkaitan:
Cadangan Diet Boleh Dambil Sebelum Lakukan Senaman. Elak Rasa Pening Atau Penat Melampau!
Rajin Workout & Cheat Day Sebulan Sekali. Rahsia Gadis Lenyapkan 20KG Dalam Masa 3 Bulan!