Buat masa ini jika diserang demam saja akan buat kita jadi risau. Bimbang terkena jangkitan virus Covid-19 kerana itu salah satu tandanya selain selesema.
Tahukah kita ada beberapa penyakit yang boleh menyebabkan demam ini dan ada antaranya yang boleh membawa maut.
Perkongsian Dr Samhan Awang memberitahu penyakit yang boleh sebabkan demam dan bawa maut dalam masa singkat, antaranya demam denggi berdarah.
Demam adalah tindak balas normal badan terhadap sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan peningkatan suhu badan melebihi 37.5 darjah celcius.
Pirogen yang dirembes oleh jangkitan akan menyebabkan sistem imunasi badan menghantar signal kepada hipotalamus di otak.
Hipotalamus akan ‘reset’ suhu badan menjadi lebih tinggi dengan tujuan untuk membunuh kuman tersebut. Badan akan mula mengigil, jantung berdenyut lebih laju dan aliran darah ke tangan semakin kurang untuk menaikkan suhu badan kepada tahap baru yang telah di ‘reset’.
5 penyakit yang menyebabkan demam dan maut dalam masa yang singkat :
1. Demam denggi berdarah
Denggi akan sebabkan Platelet menjadi rendah. Pesakit akan mengalami pendarahan seperti muntah darah,batuk berdarah,berak berdarah & gusi berdarah. Jika tak dirawat dengan cepat, akan maut.
2. Keracunan makanan
Ini akan menyebabkan muntah dan cirit birit yang berterusan. Air di dalam badan akan berkurangan. Badan akan menjadi lemah. Tekanan darah akan menjadi rendah dan badan tak mampu berfungsi dengan normal.
3. Jangkitan otak
Keradangan selaput otak(meningitis) disebabkan oleh bakteria Nesseria Meningitis. Ia mudah dijangkiti melalui titisan rembesan salur pernafasan. Pesakit akan mengalami demam panas,sakit kepala,muntah dan sawan.
4. Jangkitan paru-paru
Jangkitan paru-paru antara disebabkan oleh Streptococcus Pneumonia. Bakteria ini akan menjangkiti paru-paru dan seterusnya akan masuk kedalam darah dan menyebabkan sepsis. Pesakit akan mengalami demam yang tinggi ,batuk, selsema & kesukaran untuk bernafas.
5. Jangkitan virus
Jangkitan virus seperti influenza,SARS,Ebola dan yang terbaru coronavirus akan menyebabkan demam dan sukar untuk bernafas seterusnya boleh menyebabkan kematian.
Jika mengalami demam tinggi,sukar bernafas & sawan segera dapatkan rawatan doktor dengan segera.
Artikel Berkaitan:
Pecah Gegendang Telinga & Cedera Tekak. Antara Bahaya Menahan Diri Dari Bersin!
Penting Ambil Tahu Jenis Ubat Krim Disapu Pada Kulit Badan. Doktor Ini Jelaskan Ubat Bersesuaian!
4 Bulan Konsisten Diet ‘Eat Clean’, Wanita Akhirnya Berjaya Tukar Baju Saiz 4XL Ke XXL!