Sebelum ‘kemaskan’ perut pada waktu pagi, anda patut memilih menu sarapan terbaik untuk keselesaan dan rasa kenyang yang lama. Tak ada lah kes tetiba sakit perut selepas makan, jom baca kejap!
Tahukah anda, sesetengah menu sarapan pagi boleh menyebabkan rasa ketidakeselesaan pada perut khususnya untuk mereka yang sudah mempunyai masalah perut berangin dan Gastroesophageal Reflux Disease (Gerd).
Sebagai makluman, Gerd adalah sejenis penyakit refluks apabila kandungan perut melimpah ke esofagus sehingga menyebabkan rasa pedih ulu hati.
Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang pempengaruh kesihatan dikenali sebagai Zack Kinrara menjelaskan tiga juadah sarapan pagi yang tidak digalakkan demi kesihatan perut.
Menurut Zack, karipap diperbuat daripada tepung gandum, dan di dalam tepung gandum ada kandungan gluten.
Pengambilan gluten dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan leaky gut atau usus bocor sehingga menimbulkan rasa sakit pada bahagian perut.
Roti canai, seperti karipap juga, diperbuat daripada tepung gandum yang di dalamnya terkandung gluten.
“Jika boleh dielak, sangat bagus. Kalau tidak boleh, cuba kurangkan mengambil hidangan roti canai,” ujar Zack.
Donut juga diperbuat tepung gandum, selain mempunyai kandungan gula yang banyak.
“Daripada gluten dalam tepung gandum ini, ia boleh menyebabkan anda rasa susah nak bernafas, berdebar-debar dan jantung berdegup laju.
“Lepas tu perut berangin. Bagi mereka yang langsung tak ada masalah perut, boleh je nak makan karipap, roti canai dan donut semua ni, tapi biarlah berpada-pada,”
kata Zack. – Zack KinraraJadi selepas ini sebaiknya anda pilih menu sarapan yang terbaik. Selagi boleh elak, cuba teruskan. Sebab kalau dah kena gerd, memang tak selesa. Lebih mudah jika makan menu sihat yang membantu ‘cantikkan’ penampilan anda dengan berat idaman!