Zara Zya Mengaku Cucuk Muka Dan Bibir, Ini Punca Dia Ambil Suntikan

Share

Nampak lain tak rupa Zara Zya sekarang ini? Haa… baru-baru ini pelakon drama Risik Pada Hati ini mengaku mengambil suntikan pada wajah dan bibirnya selepas ditanya dengan pelbagai soalan berkaitan rupa parasnya sejak kebelakangan ini.

Tidak mahu menjadikan perubahan wajahnya sebagai isu, Zara menjelaskan perubahan hormon dan faktor usia menyebabkan dia mengambil suntikan tersebut.

Malah, dia juga tidak menolak dakwaan bahawa ada beberapa klinik estetik yang tampil menaja untuk melakukan suntikan dan ‘membaik pulih’ wajahnya.

Zara Zya Mengaku Cucuk Muka Dan Bibir, Ini Punca Dia Ambil Suntikan

Namun, ini bukanlah proses yang rumit kerana pelakon popular ini menjelaskan suntikan tersebut lebih kepada suntikan vitamin sahaja.

“Sejujurnya, memang ada beberapa klinik yang menaja untuk saya membuat rawatan muka. Lagipun saya dah semakin meningkat usia, jadi timbul kedutan dan saya ada suntik sedikit. Tapi ia lebih kepada suntikan vitamin untuk menjadikan kulit tampil tanpa cela.

“Kalau dulu susah nak jumpa klinik estetik yang sesuai, jadi bila ada peluang, apa salahnya? Tapi ia lebih kepada vitaminlah. Sama juga macam bibir, kadang-kadang bibir jadi gelap, jadi yang ini dia memberikan kesan tegang. Apabila ia tegang, ia menjadi lebih gebu dan berwarna kemerah-merahan,” kata Zara menerusi temu bual di Melodi.

Malahan, Zara atau nama penuhnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37, tidak kisah sekiranya ada netizen yang tampil memberikan komen negatif terhadap rupa parasnya meskipun menyedari setiap selebriti pasti melakukan suntikan pada wajah sebagai rutin untuk tampil cantik.

Published by
Nadia