Yakin Bertanding Ratu Cantik Tanpa Pakai Mekap, Finalis Miss England Percaya ‘Natural Beauty’

Share

Yakin bertanding ratu cantik tanpa pakai mekap, Finalis Miss England percaya ‘Natural Beauty’. Biarpun sejak usia muda sudah mengenakan solekan di wajah, tetapi bagi seorang pelajar kolej dari selatan England, Melisa Raouf memutuskan tidak mengenakan sebarang mekap di wajah untuk menyertai pertandingan ratu cantik.

Melisa yang merupakan Finalis Miss England mara ke separuh akhir pertandingan Isnin lalu selepas memilih untuk bersaing tanpa mekap.

Yakin Bertanding Ratu Cantik

Dan seterusnya akan bertanding di pusingan akhir pada Oktober untuk merebut mahkota kejuaraan Miss England. Sekali untuk pertandingan akhir nanti dia tidak akan mengenakan sebarang solekan di wajahnya.

Artikel Lain: Kudung Dua Tangan & Sebelah Kaki, Tak Halang Gadis OKU Ini Sertai Pertandingan Ratu Cantik

Dan dia ada alasan tersendiri kenapa tiak akan mengenakan mekap bagi pertandingan seperti seperti itu.

Kredit Pic: CNN Kam Murali

Tanpa Pakai Mekap

“Ia amat bermakna buat saya kerana saya merasakan ramai gadis dari pelbagai peringkat umur mengenakan solek hanya kerana berasa tertekan untuk berbuat demikian.

“Jika seseorang itu gembira dengan kulit mereka sendiri, kita tidak seharusnya memaksa mereka menutup wajah aslinya dengan solekan.

“Kelemahan kita menjadikan siapa kita sebenarnya dan perkara itulah menjadikan setiap individu unik,” katanya.

Artikel Lain: Skipping 2 Ribu Lompatan Sehari, 6 Bulan Layan Bento Healthy. Puas Hati Berat Turun Mendadak!

Menurut Melisa, walaupun dia mula memakai solekan pada usia muda namun memutuskan untuk mengelak tradisi itu dalam pertandingan tersebut.

Finalis Miss England

“Saya tidak pernah merasakan saya memenuhi piawaian kecantikan.

“Saya kini menerima kecantikan kulit saya sendiri dan sebab itulah memutuskan untuk bertanding tanpa mekap,” jelasnya dalam satu temubual.

Kredit Pic: CNN Kam Murali

Mei lalu, Melisa memuat naik sekeping gambar swafoto di Instagram dari pusingan ‘wajah tanpa solekan’ di pertandingan itu, dengan catatan tertera ‘dia menerima ketidaksempurnaannya’.

Percaya ‘Natural Beauty’

Sementara itu, pengarah pertandingan Miss England, Angie Beasley dalam kenyataan memaklumkan pihaknya memperkenalkan pusingan ‘Bare Face Top Model’ pada 2019 kerana kebanyakan peserta menghantar gambar disunting dengan solekan tebal.

“Jadi, kami mahu melihat individu sebenar di sebalik solekan tersebut,” katanya.

Kredit Pic: CNN Kam Murali

Sumber: Utusan, CNN

Artikel Lain: Gagal Buat Pembedahan Plastik. Akibatkan Ratu Cantik Rusia Tak Boleh Tutup Mata & Senyum!

 

 

 

Published by
Siti Zurina Mat Saman