Ambil tahu dulu kelebihan zumba, mesti anda rasa semangat nak hilangkan berat dengan cara tarian. Mana yang malas pun akan auto rajin sebab buat dengan hati gembira, hilang habis stres!
Seakan aerobik, tetapi zumba lebih tertumpu pada gerakan tarian diiringi irama muzik yang rancak. Yang tak minat menari auto akan suka lah!
Kelebihan Zumba Yang Ramai Orang Tak Tahu, Kulit Pun Boleh Cantik!
Haa… jangan tak tahu, satu sesi zumba boleh buatkan 500 hingga 1000 kalori terbakar dalam masa antara 30 hingga 60 minit tau!
Nah, cuba layan dulu video zumba ini. Menarik tak?
Zumba biasanya dipilih sebagai alternatif buat mereka yang tidak gemar bersenam menggunakan peralatan atau mesin kerana ia lebih menekankan aspek keseronokan ketika bersenam. Bersenam mengikut irama muzik rancak, siapa yang tak suka kan?
Jom, ketahui apa yang best bila rajin zumba:
1. Bonus kulit jadi tegang Full Body Workout sebab aktiviti zumba memerlukan pergerakan anggota badan dari hujung rambut sehingga ke hujung ibu jari kaki.
Lompatan kiri ke kanan mengikut irama ni kalau dilakukan dengan kesungguhan boleh membentuk bentuk badan idaman, kulit yang tegang tidak menggeleber dan otot yang lebih pejal.
2. Badan jadi ringan
Percayalah, lepas buat zumba badan lebih ringan dan paling seronok melihat wanita-wanita lain berzumba mampu meningkatkan rasa semangat yang lebih tinggi serta bermotivasi untuk menghadiri kelas Zumba yang seterusnya.
3. Kalori terbakar lebih cepat
Tarian Zumba membantu untuk membakar kalori dari 5000 sehingga 1000 kalori untuk setiap sesi jika dilakukan dengan betul mengikut kesungguhan.
Dalam satu minggu kemungkinan berat badan dapat diturunkan 1 KG sebulan mengikut diet pemakanan yang betul. Kalori boleh dibakar dengan menjadikan zumba senaman setiap minggu sekali mengikut kelapangan masing-masing.
4. Sesuai semua peringkat umur
Zumba tidak tertakluk hanya untuk orang dewasa sahaja malahan dari kanak-kanak yang sudah tahu mengikut langkah tarian dari umur 3 tahun pun boleh sertai zumba ni.
Mak-mak pun tak perlu susah hati tinggalkan anak-anak kecil di rumah ketika mahu berzumba sebab boleh bawa sekali ‘DO the dance’. Kalau risau keselamatan bolehlah bawa anak duduk belakang sekali. Hah, nanti bukan mak sahaja gembira, anak pun enjoy sama.
5. Bagus untuk jantung
Setiap sesi Zumba mampu membuatkan degupan jantung lebih kencang dan aktif sekali gus boleh meningkatkan kecergarasan kardiovaskular. Untung ya, dapat jaga kesihatan anda dengan cara ‘happy-happy’.
Nampak tak, banyak kelebihan zumba sebenarnya. Alah, sekarang senaman zumba ini bukan sahaja diminati kebanyakan wanita yang mementingkan tahap kesihatan diri tetapi golongan lelaki pun dah ‘laju’ ikut trend.
Jika dulu, lambakan tenaga pengajar yang digelar ‘Zin’ dimonopoli kaum wanita, sekarang Zin lelaki juga mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Kadangkala, pengikut Zin lelaki lebih ramai tau!
Tak hairanlah kenapa ramai sangat pengikut Zin TM Mark Kramer dari Filipina ini ‘turun padang’ untuk bertemu dengan beliau! Mark yang begitu popular menerusi koreografer zumba lincah di youtube hadir ke Malaysia sempena siri ‘Roadtour Zumba’.
Zumba Kramer & TML Crew yang berlangsung di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur ini juga turut menghimpunkan 15 tenaga pengajar (Zin) yang masing-masing membawakan tarian mengikut genre yang berbeza.
Memang meriah! Lebih menarik, apabila Kramer & TML Crew turun ke bawah untuk battle bersama peserta yang hadir.
Malaysia dikatakan antara negara yang mempunyai kadar pesakit diabetes yang tinggi. Hampir 20.3 peratus atau 2.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit kencing manis.
Ini kerana sikap orang kita yang gemar minum air manis dengan kandungan gula tambahan yang tinggi tanpa pedulikan soal kesihatan.
Perkongsian di Public Health Malaysia menunjukkan kajian pengambilan gula yang tinggi, obesiti dan tidak aktif dalam aktiviti fizikal merupakan penyumbang kepada penyakit ditakuti ini.
Malah bagi yang gemar menikmati hidangan sebegini dianggap seperti minuman potong kaki dan penyakit diabetes ini tidak mengira usia tua ataupun muda.
“Minuman Potong Kaki”
– Kajian menunjukkan kebanyakan rakyat Malaysia mengambil gula tambahan dalam kuantiti yang BANYAK dan berlebihan menerusi minuman
– Pengambilan gula yang tinggi, obesiti dan tidak aktif dalam aktiviti fizikal merupakan FAKTOR RISIKO untuk penyakit kencing manis
– Setakat ini 20.3% atau hampir 2.8 juta rakyat Malaysia menghidap kencing manis
– Penyakit ini akan menyebabkan saraf di kaki kurang sensitif, kulit mudah di jangkiti kulat dan luka sukar sembuh.
– Hal ini menjadi punca kepada komplikasi ULSER DI KAKI
– Menyedihkan, 7% pesakit diabetes terpaksa di potong kaki (amputasi) akibat komplikasi ulser di kaki.
Adakah anda masih mahu minum “minuman potong kaki” seperti ini setiap pagi? Fikirkan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenal pasti satu produk kosmetik yang mengandungi merkuri dan boleh merosakkan organ dalaman seperti buah pinggang.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia, memberitahu produk Luffiya Treatment Foundation yang dipromosikan sebagai mesra wuduk ini dikatakan mampu membuat kulit jadi cerah, glowing dan kulit jadi semakin anjal.
Namun rupa-rupanya produk kosmetik ini mengandungi bahan merkuri yang ada bahayanya tersendiri.
Jika seseorang menggunakan produk ini, merkuri boleh menyerap masuk ke tubuh menyebabkan kerosakan buah pinggang dan masalah sistem saraf.
Jadi sehubungan itu, KKM memberi ingatan supaya pengguna berhenti menggunakan produk ini. Bukan itu saja, perlu juga untuk hentikan jualan dan sebarang bentuk promosi kepada orang ramai.
Kepada mereka yang sudah membeli produk ini dinasihatkan untuk mengikut saranan KKM bagi mengelak sebarang kemudharatan pada kesihatan nanti.
Sebelum itu KKM juga turut mengenal pasti beberapa produk lain yang juga mengandungi racun boleh merosakkan kulit wajah dan mendatangkan risiko kanser.