Buat anda yang sedang berusaha keras nak hilangkan sunburn, boleh cuba petua mudah dengan menggunakan bahan alami.
Dikongsi oleh saudari Kween Lea
, cuma memerlukan dua bahan untuk anda jadikan masker dan amalkan pakai sebelum tidur.Anda boleh ikut sahaja tip dalam gambar itu cuma campurkan madu dan plain yogurt kemudian terus sapu dekat muka.
Bagi anak dara yang ada masalah sunburn selalu main panas, boleh cuba tips ini. Pakai secara konsisten ya.
Biarkan dalam setengah jam, kemudian bilas dengan air sejuk sahaja.
Nah, inilah hasilnya! Yang penting berkesan, bahan pun mudah nak dapat.
Selamat mencuba!