Kecantikan

Wanita Ini Hasilkan Yogurt Mask, Hilangkan Masalah Kulit

Share

Buat anda yang berkulit sensitif, boleh cuba hasilkan yogurt mask di rumah, senang nak sapu malam-malam sebelum tidur.

Hasilkan Yogurt Mask

Jangan risau, anda boleh jadikan mask daripada yogurt ini untuk selesaikan masalah kulit muka. Jadi jom tengok perkongsian Hanis Aina

, macam mana dia buat yogurt homemade mask ini.

Bahan-bahan yang perlu sediakan adalah yogurt natural tanpa perisa dan madu asli.

Cara-caranya:

1. Sediakan bahan utama iaitu yogurt asli tanpa perisa.
2. Kemudian korang masukkan dua sudu yogurt ke dalam mangkuk.
3. Masukkan madu asli ke dalam campuran yogurt tadi.
4. Kemudian gaulkan sehingga campuran yogurt dan madu tadi sebati.
5. Setelah siap, boleh gunakan berus applicator mask untuk ambil mask diletakkan pada muka.

Tekstur mask yang terhasil akan tak terlalu likat dan tak terlalu cair.

Bau pula seperti bau tepung dan tidak akan menyakitkan hidung. Boleh sapukan mask pada muka dan biarkan semalaman.

Lepas semalaman boleh basuh muka dan dapat lihat kulit akan lebih lembut dan kemerahan pada muka jadi berkurangan.

Hasilnya akan dapat kulit yang lebih cantik. Buktinya boleh tengok dalam gambar kulit selepas pakai mask ini. Jadi anda wajib cuba hacks ini untuk dapatkan kulit yang cantik. Selamat mencuba!

IKLAN