Wow, guna ubit bit pun boleh cantik! Dua dalam satu pula, boleh sapu untuk bibir dan godek jadikan masker. Ini cukup jimat!
Ada sesetengah orang ‘penat’ menggunakan produk yang terdapat di pasaran tetapi langsung tidak memberi kesan baik berpanjangan.
Malah ada yang menyebabkan tona kulit wajah menjadi tidak sekata selepas amalan menggunakan sesuatu produk dihentikan, selain menyebabkan kemunculan jerawat halus.
Ubi bit dibersihkan, dikisar dan ditapis air.
Kalau anda ingin mendapatkan kulit ‘pinkish’ asli yang mulus dan berseri bolehlah mengikut rutin Arsha Armalie yang hanya menggunakan ubi bit.
Bukan sahaja tona kulit sekata malah wajah dikatakan akan lebih glowing, bibir pun tidak pucat lagi!
1. Bersihkan ubi bit dan kisar sehingga halus.
2. Tapis supaya dapat asingkan air dan hampas ubi.
3. Untuk menghasilkan lip balm, hanya perlu campurkan air perahan tadi bersama susu (boleh gunakan susu tepung), jus pokok lidah buaya dan minyak kelapa dara.
Gaul sebati dan sapukan pada bibir setiap malam sebelum tidur.
Lipbalm dan masker yang telah siap dihasilkan
4. Hampas bit pula dicampurkan dengan yogurt dan jus pokok lidah buaya untuk dijadikan masker muka.
5. Tunggu sehingga kering dan lap dengan kain bersih.
Tak perlu cuci supaya khasiat sebatian tadi dapat meresap ke dalam kulit.
Ubi bit juga terkenal dengan pelbagai manfaat lain untuk kesihatan dalaman seperti menurunkan tekanan darah dan melawan keradangan yang berlaku.
Tumbuhan yang nama saintifiknya Beta vulgaris ialah sejenis sayur-sayuran daripada keluarga Amaranth (Amaranthaceae) iaitu keluarga yang sama dengan bayam dan quinoa.
Ubi bit mengandungi fitonutrien yang menjadi bahan utama dalam khasiatnya kepada kesihatan.
Dah tahu rahsia jadikan kulit cantik dengan cara jimat poket, jangan pula lupa cuba ya!