Kalau hendak kulit tegang, kenalah rajin urut muka. Selain dapat melancarkan perjalanan oksigen dan darah dalam kulit, cara ini juga menggalakkan penghasilan kolagen yang secara tidak langsung dapat mengekalkan keanjalan kulit walau usia sudah meningkat.
Melihat wanita Korea,ramai gemar menggunakan serum dan losen jenis cecair untuk mencantikkan kulit. Biasanya mereka akan sapu pada permukaan kulit menggunakan gerakan tamparan lembut pada wajah bagi memastikan produk yang digunakan benar-benar meresap hingga ke lapisan paling dalam.
Jadi kali ini Rapi berkongsi tips serta langkah urutan muka, agar kita sama-sama dapat jadi cantik dan kelihatan awet muda sentiasa. Jom belajar caranya:
1. Pam sedikit serum di atas telapak tangan yang bersih. Gosok produk tersebut menggunakan kedua-dua belah tangan untuk menghangatkannya dengan suhu badan sebelum menyapu ia pada keseluruhan wajah.
2. Daripada dagu, tolak pipi naik ke atas. Lakukan langkah ini sebanyak lima kali di sebelah pagi dan ulang 15-20 kali waktu malam sebelum tidur.
3. Seterusnya bahagian atas tulang pipi dan tariknya ke atas sehingga ke sisi dahi. Lakukan langkah ini lima kali di bahagian kiri dan lima kali lagi di bahagian kanan.
4. Untuk bahagian dahi, tolak semua ke bahagian atas sehingga ke kawasan anak rambut. Fokus pada bahagian ini kerana dahi adalah kawasan wajah yang paling cepat berkedut!
5. Beri tekanan pada setiap penjuru wajah. Contoh: Kedua sisi dahi, belakang kedua telinga, kedua penjuru bibir, kedua penjuru mata dan kedua penjuru kening di tengah dahi.
Tekan beberapa saat sebelum menggerakkan jari dalam gerakan membulat.
6. Seperti orang korea, tampar lembut muka anda sekuat hati (jika tahan sakit). Cara ini akan mengejutkan semua otot pada wajah untuk aktif kembali bahkan dapat menyah toksin tahu?
Baru lah muka nampak berseri-seri tidak letih.
7. Langkah seterusnya, buat cubitan kecil pada kawasan sekitar wajah. Sama seperti urutan, cubitan sebenarnya dapat mengejutkan otot-otot bawah kulit untuk kembali aktif dan segar!
Mudah je kan?
Kalau rajin jaga muka dan disiplin lakukan teknik urutan ni setiap hari, nanti anda mesti nampak perubahan pada wajah. Bukan bukan glowing saja, malah kurang kedut!