Ummi Nazeera Tak Kontrol Cun, Kulitnya Pun Memang Cantik Asli

Share

Pelakon Ummi Nazeera akui watak Salina amat berat untuk dibawa kerana penderitaannya yang tiada henti. Malah ada penonton yang melalui perkara sama dan berkait dengan watak Salina dalam drama Rindu Kasih.

Kalau sebelum ini Ummi mencuri perhatian ramai dengan lakonan penuh emosi dalam sebuah babak drama #RisikPadaHati, kali ini menerusi sebuah babak drama #RinduKasih pula. Rasa nak nangis tengok babak ini dan ramai yang teruja dengan lakonan yang di bawa oleh Ummi Nazeera.

Tak ada istilah kontrol cun, wajah yang ditampilkan adalah berdasarkan kehendak skrip, pada masa yang sama mengekalkan kecantikan asli yang terdapat pada dirinya.

Bukan itu sahaja, ada segelintir netizen turut memuji kecantikan yang dimiliki oleh pelakon itu. Natural beauty! Tak perlu mekap tebal-tebal tetapi air wajahnya penuh dengan aura perempuan Melayu terakhir.

Ummi Nazeera Punya Kecantikan Asli

Terbaru, melalui laman Public Health Malaysia, ada satu perkongsian daripada pengikutnya berkongsi pendapat tentang kulit wajah pelakon wanita tersebut.

Hi min, semasa kami sedang layan maraton drama ini, rakan kolej datang join sama tengok. Student student dari UK cukup impressed dengan bakat dan kecantikan semulajadi pelakon Umi Nazeera.

“OMG. Shes so pretty!! Loves her complexion”

Ya, sebenarnya orang orang putih sangat suka dengan tone warna semula jadi orang asia. Mereka juga suka dengan warna rambut, kening dan bulu mata kita.

Tak perlu pakai maskara! Dah memang semulajadi hitam dan lentik.

Berbangga dan bersyukurlah dengan kejadian ciptaan tuhan. Jangan terpengaruh dengan trend nak putihkan kulit, glowing glowing bagai sehingga sanggup salut muka dengan merkuri.

Be proud of your own skin!

Ini membuktikan isteri kepada Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani ini bukanlah pelakon yang ‘control’ cun, sebaliknya lebih mementingkan soal penghayatan, mutu lakonan dan unsur realism dalam watak dan penampilan.

Begitulah sepatutnya, kita menghargai warna kulit yang dianugerahkan. Tidak terlampau obses nak cantik, sampai sanggup cucuk sana sini dan ada yang menggunakan produk yang mengandungi bahan kimia. Akhirnya kulit rosak dan anda terpaksa membuat rawatan untuk baik pulih wajah.

Bahaya Produk Ada Merkuri

Produk-produk kebiasaannya mengandungi kandungan merkuri yang amat berbahaya kepada kulit dan juga organ dalaman. Kulit akan mudah terbakar, kemerah-merahan dan makin menipis. Merkuri juga boleh meresap masuk ke dalam saluran darah dan memberi kesan yang buruk kepada organ dalaman seperti kegagalan buah pinggang, kerosakan fungsi hati dan banyak lagi penyakit lain yang berbahaya.

𝗠𝗮𝘀𝗮𝗹𝗮𝗵𝗻𝘆𝗮, 𝗺𝗮𝗰𝗮𝗺 𝗺𝗮𝗻𝗮 𝗻𝗮𝗸 𝘁𝗮𝗵𝘂 𝗽𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝘁𝘂 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗮𝗵𝗮𝘆𝗮?

𝟭. 𝗣𝗮𝗰𝗸𝗮𝗴𝗶𝗻𝗴 𝗻𝗮𝗺𝗽𝗮𝗸 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗵/𝗰𝗵𝗲𝗮𝗽𝘀𝗸𝗮𝘁𝗲

Sangat tak eksklusif dan nampak murah! Dahla semua sepesen je, harga pun boleh tahan mahal. Biasanya produk-produk macam ni pakai bekas tiub yang warna putih yang ringan tu.

𝟮. 𝗣𝗿𝗼𝗱𝘂𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗷𝗮𝗻𝗷𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗸𝗲𝘀𝗮𝗻 𝘀𝗲𝗮𝘄𝗮𝗹 𝟯 𝗵𝗮𝗿𝗶/𝘀𝗲𝗺𝗶𝗻𝗴𝗴𝘂

Proses nak cantik ni biasanya memakan masa. Kulit kita bukannya hebat sangat sampai boleh jadi cantik untuk satu malam, semua benda perlukan kesabaran. Kalau hari pertama pakai krim kemudian hari ketiga dah start putih tu, jaga-jagalah. Boleh bayang tak betapa tingginya kandungan chemical dia?

𝟯. 𝗕𝗶𝗹𝗮 𝘀𝘁𝗼𝗽 𝗽𝗮𝗸𝗮𝗶, 𝗷𝗲𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗻𝗮𝗶𝗸

Rasanya dah banyak kes kot pasal benda ni, sekali anda stop pakai product tu, muka memang breakout. Nak pulihkan mengambil masa yang sangat lama. Ada yang paling teruk sampai masuk hospital. Kepada yang mengalami masalah breakout, sila pakai produk yang lebih natural dan organik dan pastinya tiada bahan kimia. Ini saranan daripada doktor dan mangsa breakout mengatakan sekurang-kurangnya ambik masa 3-5 bulan untuk sembuh.

Jadi kalau anda betul nak cantik, janganlah bahayakan kulit dengan menggunakan pelbagai produk demi cantik ekspres. Sebaiknya pilih lah produk yang tidak mengandungi bahan kimia yang tinggi. Selari dengan pepatah, biar lambat asal selamat untuk diguna.

Published by
Nadia