Kecantikan

Tutup Kedut Bahagian Mata, Lukis Eyeliner Dengan Cara Ini

Share

Nak tutup kedut bahagian mata? Okay, bagi anda yang selalu pakai eyeliner, pasti tahu betapa magiknya produk ini menaikkan seri wajah, buang masalah mata penat dan nampak lebih seksi!

Tutup Kedut Bahagian Mata

Pemakaian eyeliner akan menjadi sedikit sukar  apabila usia meningkat, penglihatan akan jadi lemah atau tangan menjadi ketar-ketar. Bukan itu sahaja, ada juga yang alami kelopak mata yang kendur atau berkedut di sekitar wajah.

Sekiranya anda sedang alami situasi di atas (termasuklah orang muda yang baru alami tanda penuaan di sekitar mata), disyorkan untuk ikut tips lukis eyeliner di bawah;

Apa yang anda perlukan adalah eyeliner pencil, flat brush dan liquid eyeliner.

  • Pertama sekali, gunakan eyeliner pencil dan lukiskan garisan dari pangkal mata hingga ke hujung mata.
  • Selepas itu, ambil flat brush dan ‘adun’ di sekitar garisan yang dilukis tadi tanpa comotkan garisan tersebut. Tujuannya adalah untuk pastikan eyeliner nampak sedikit tebal tanpa comot.
  • Akhir sekali, lukiskan kitten wing di ekor mata menggunakan liquid eyeliner.

Jika anda mahu pakai eyeshadow, pastikan pakai selepas anda menggunakan flat brush.

Selamat mencuba!

Sumber video: vincernford

Published by
Nadia