Kecantikan

Tutorial Blusher Ikut Bentuk Wajah, Ikut 3 Teknik Mudah

Share

Ini tutorial blusher ikut bentuk wajah untuk naikkan seri dan tak nampak pelik bila anda pakai. Nak-nak anda yang baru berniat nak pakai blesher, jom belajar teknik yang betul.

Mesti ramai yang tak tahu macam mana nak dapat teknik dan kelihatan berbeza dengan sapuan blusher.

Tutorial Blusher Ikut Bentuk Wajah

Okay, kalau anda keliru blush apa nak guna sama ada cream blush atau watery blushm dalam ini ada jawapannya. Jemput baca tip daripada saudari Lena Shaharizal ini…

Blushing Look ‘0’

Cara ni kalau anda nak nampak macam pemalu or innocent look. Lukis bulatan penuh kat tengah-tengah pipi dan blend dengan beauty blender ataupun finger. Nanti anda akan dapat hasil terbaik.

Sunkissed Look W

Kalau anda nak bronzy and effortless looking boleh cuba teknik ini. Mula-mula anda kena buat garisan panjang di tengah pipi hingga terkena batang hidung. Kemudian blend dengan beauty sponge, nanti anda akan dapat natural looking blush.

Lifter Look ‘C’

Kalau nak muka nampak lifted and upward, boleh cuba teknik ini. Mula-mula buat 3 dots di tepi pipi dan kemudian prefer blend dengan finger sebab akan nampak kesan itu.

Haaa… raya tahun ini anda boleh cuba 3 cara memakai blusher, terutama untuk anda yang mempunyai bentuk muka bulat.

Published by
Nadia