Trend Lekat Pita Pelekat Di Dahi Sebelum Tidur, Kesannya Sama Macam Botoks

Share

Ada pula lekat pita pelekat di dahi semata-mata nak hilangkan kedut. Begitulah realiti sikap wanita, cukup risau nampak tua sebelum waktunya.

Terbaru ada satu tip kecantikan yang tular dalam aplikasi TikTok memaparkan wanita meletakkan pita pelekat pada dahi mereka selama semalaman untuk mencegah kedutan.

Trend Lekat Pita Pelekat Di Dahi Sebelum Tidur, Kesannya Sama Macam Botoks

Seorang model Australia yang menggelar dirinya ‘The Aussie Rapunzel’ mencuba sendiri kaedah itu dan terkejut melihat hasilnya.

Hasil Seperti Suntikan Botoks

Dalam klip video mengenainya, wanita itu melekatkan pita pelekat pada dahinya sebelum tidur. Dia mendakwa berjaya mendapatkan hasil sama seperti mengambil suntikan botoks, tujuh hari kemudian.

“Saya melekatkan pita pelekat pada dahi setiap malam selama seminggu. Saya tidak menyangka ia akan berhasil,” katanya.

 

Latihan Tidak Menaikkan Kening

Pakar-pakar bagaimanapun berkata, keadaan tersebut tidak akan kekal lama sebaliknya, ia hanya satu cara mudah untuk melatih diri seseorang agar tidak menaikkan kening.

“Dengan melekatkan pita pada dahi anda, ia akan mengingatkan anda agar tidak menaikkan kening terlalu tinggi yang menjadi penyebab kepada garisan kedutan.

“Secara umumnya, melekatkan pita pada dahi tidak akan menjadikan kedutan bertambah baik dan tidak akan mengurangkan garis kedutan. Ia hanya satu peringatan agar anda tidak menghasilkan kedutan itu sendiri (dengan menaikkan kening),”

kata Pakar Bedah Plastik, Anthony Youn.
@theaussierapunzel I didn’t think it would work 🤯 trying the face taping trend! #beauty #skincare #fyp ♬ Hits 2021 (Mashup) – Trinix
Jadi, anda sanggup buat ke tidak demi kurangkan kedut di wajah? Terpulang pada diri sendiri!
Published by
Nadia