Tonyoh Tomato Beku Di Wajah, Petua Hilangkan Jerawat Halus & Jeragat. Kulit Pun Jadi Tegang Dan Cantik!

Share

Tonyoh Tomato Beku Di Wajah, Petua Hilangkan Jerawat Halus & Jeragat. Kulit Pun Jadi Tegang Dan Cantik! Jerawat adalah antara masalah kulit wajah yang sering muncul tanpa kita sedari. Kalau seketul dua tiada masalah, tetapi agak rimas pula jika berbiji-biji halus muncul di kawasan sekitar pipi.

Ada pelbagai produk atau cara dilakukan untuk mengatasi masalah jerawat halus ini dan salah satunya dengan menggunakan petua tradisional.

Perkongsian Afy Al Habibi mmberitahu amalan petua tradisional untuk menutup pori menghilangkan jerawat halus dan jeragat.

Artikel Lain: Nak Kurus Lebih Cepat & Perut Pun Kempis, Rahsia Wanita Ini Minum Air Lemonade Buat Sendiri

Tidak susah, hanya gunakan tomato dan roller saja di muka. Tetapi pesannya jika mahu hasil yang lebih mantap, kenalah buat rutin ini setiap pagi.

Tonyoh Tomato Beku Di Wajah, Petua Hilangkan Jerawat

Cikgu mula perasan kedutan garis halus kat tepi birai mata dah timbul. Salah satu punca asyik menghadap telefon lama sangat ni. Hii faktor penuaan pun ya.

Cikgu juga ada masalah pori sedikit terbuka. Harapkan boleh tepek dengan foundation je untuk sedapkan mata.

Jerawat tanpa segan dah timbul sekarang. Sebabnya suka tukar-tukar pro duk. Asal lalu iklan kat T T cikgu cepat je bawa masuk bakul. Selagi tak be li asyiklah teringat. Ermm lepas tu pesen perangai gini tunggu sampai baranglah di rumah. Aha.

Ermm lagi satu bintik jeragat .

Walaupun tengok sekadar macam nampak tak nampak, bahaya kalau biar berterusan. Nak belek muka pun jadi mudah mood lari.

Penyelesaiannya paling cepat buat rawatan moden di pusat-pusat kecantikan di luar sana. Ermm kalau pergi selalu mesti makan mo dal banyak.

Jadi cikgu nekadlah kali ini pilih untuk kembali mengamalkan petua tradisi. Langkah pertama cikgu cari kat Sopee bekas ais muka di sini;

https://shope.ee/AUJxZvLAbQ

Senang buat jadi ‘roller’. Kalau bekukan seketul-ketul, cikgu malas nak balut dalam kain tuala.

Maka untuk menghilangkan jerawat halus dimuka cikgu kisar setengah biji tomato dengan sedikit sahaja air. Masukkan ke bekas tadi dan biar semalaman dalam peti.

Cara cikgu guna boleh baca dekat gambar okey.

Amal rutin ini setiap pagi.

Banyak manfaatnya dengan menjadikan bahan semulajadi dan ais sebagai perawatan wajah. Senang cerita, boleh mengembalikan kulit menjadi sihat dan awet muda semula.

Kuncinya kena rajin. Sekadar buat sekali dua memang payah nak berkesan. Jangan tinggal walau satu hari.

Selain tomato, banyak lagi bahan semulajadi yang mudah didapati dalam peti sendiri di dapur tu.

Nanti cikgu nak tukar kisar timun batang, lemon, campuran bunga-bunga.

Wahh tak sabarnya! Jom kita sama-sama konsisten.

Bolehlah raya tahun depan pakat nampak berseri-seri semua.

Artikel Lain: Tolak Pembedahan Plastik, Minum 2 Gelas Air Lepas Bangun Tidur. Rutin Cantik Syafinaz Di Usia 49 Tahun!

Kulit Pun Jadi Tegang Dan Cantik

Ini Caranya:

1. Cikgu buat dengan separuh biji tomato. Basuh bersih-bersih dulu. Campur sikit je dengan air. Buat syarat pengisar boleh berputar.

2. Siap kisar, isikan dalam bekas roller ni. Sepatutnya cikgu bubuh dua-dua bahagian. Baru penuh sampai ke atas.

3. Dah siap beku semalaman. Nampak sedap macam aiskrim pula. 

4. Okeh cara apply: Lebih bagus kalau kita buat sebaik buka mata. Lepas Solat Subuh tu. Basuh kulit wajah bersih-bersih dulu. Nampak ‘berjurus’ pula cikgu air muka begini.

5. Kemudian tonyohlah perlahan-lahan ais roller tomato ni ke seluruh wajah. Gerakan dari bawah ke atas lagi baik. Buat lama-lama sikit. Relaks je duduk atas kerusi hayati rasa sejuk dan tegang kulit muka mula terasa. Haa lepas tu biarkan sampai ia mengering sendiri.

6. Betul-betul tonyoh cikgu ni. Ouh cikgu selit juga hirisan tomato yang tidak dikisar untuk dicampur dalam roller ini.

7. Ok kemudian lepas mengering, pergilah basuh muka semula. Tak payah guna sabun @ pencuci ya. Bilas dengan air paip sahaja. Tak tipu serius rasa segar dan kulit anjal. Secara tak langsung manfaat rawatan ais tomato yang kita bekukan memang boleh buat kulit jadi tegang cantik. Jangan lupa lakukan setiap pagi.

 8. Cikgu beli di sini ice roller face ni: https://shope.ee/AUJxZvLAbQ Ada 7 warna. Belilah 2-3 terus. Murah je ni. Senang nak kisar air timun, lemon, aloevera, roses ke. Boleh tukar-tukar bau. Best kan.

Published by
Siti Zurina Mat Saman