Kecantikan

Tip Pilih Pencuci Muka Ikut Jenis Kulit, Guna Yang Sesuai Untuk Elak Kering

Share

Masih ramai yang mencari tips pilih pencuci muka untuk elakkan muka kering dan berjerawat. Kadang kalau ikut orang beli, pada akhirnya kulit breakout!

Okay, kali ini jangan risau sebab anda boleh cuba guna tip cantik yang dikongsi oleh Sarah Sofea, yang mana pencuci muka sesuai bantu lembapkan kulit wajah.

Tip Pilih Pencuci Muka Ikut Jenis Kulit

Jenis Kulit Kering

Kalau anda kulit kering, boleh ambik texture cleanser yang thick cream type. Jadi anda boleh cuba Safi Hyda Glow

! Texture cream sangat sesuai untuk kulit kering sebab texture “thick” akan memberikan lebih hidrasi dan melembabkan kulit yang kering dan paling penting tidak mengeringkan kulit.

Jenis Kulit kombinasi

Boleh ambil texture yang creamy to gel texture ataupun gel texture. Salah satunya Cosrx & Pink punya pencuci muka. Texture macam tengah-tengah antara cream & gel. Jadi sangat sesuai untuk combination skin kerana sesetengah bahagian muka berminyak dan ada part
yang kering.

Jenis Kulit Berminyak

Untuk yang ada kulit berminyak, boleh pilih gel type. Pencuci muka yang best, mestilah Bareskinlab

. Haaa… kalau kulit anda kombinasi, akan rasa kurang suka sebab agak
kering. Jadi siapa yang kulit berminyak boleh pakai texture gel kerana lebih ringan pada kulit dan tiada greasy feel dekat kulit after basuh muka.

Boleh juga pilih bahan yang ada salicylic acid yang dapat absorsb excess oil. Jadi muka akan lebih rasa segar selepas cuci.

Jenis Kulit Sensitif

Untuk anda yang kulit sensitif pula, boleh pilih pencuci muka yang texture gel. Salah satunya yang best adalah Cetaphil cleanser.

Memang laku keras dan sesuai bagi anda yang berkulit sensitif.

Selepas pakai tiada rasa iritasi atau kering. Malah pencuci muka ini pun recommended by dermatologist. Anda yang berkulit ‘manja’ wajib cuba!

Sudah satu cara pilih pencuci muka yang sesuai, nanti pastikan pakai dua kali sehari sahaja ya. Dan kalau kulit anda jenis kering, cukup sekali jika anda bermekap.

 

IKLAN