Tip Rawat Bibir Kering, Ikut Cara Ini Kalau Tak Nak Menggelupas Dan Berdarah

Share

Satu dugaan juga kalau bibir kering di bulan puasa, nanti kesannya sampai menggelupas dan berdarah.

Nak-nak waktu bulan puasa, dengan tak cukup minum air dan cuaca panas kering. Lagi lah bibir akan jadi bermasalah.

Tip Rawat Bibir Kering, Ikut Cara Ini Kalau Tak Nak Menggelupas Dan Berdarah

Namun jangan susah hati, masalah ni dapat diatasi sebenarnya kalau anda ikut tip minum air 8 Gelas sehari waktu bulan puasa.

Selain itu, anda boleh jugak dapatkan bantuan daripada beberapa produk penjagaan bibir macam yang Fatin Nursyafawani cadangkan ini.

1. Hydrating Lip Balm
2. Non Irritating Lip Balm
3. Lip Scrub (cari yang tak kasar sangat pada bibir)
4. Lip Balm with SPF30++
5. Lip Mask/ Lip Sleeping Mask

Sebelum tu ada pesanan:

1. Elakkan kopek kuping kuping bibir yang terkeluar ye. Nanti berdarah and luka. Boleh menyebabkan jangkitan kuman Dan seterusnya menimbulkan masalah lain.

Sebaik baiknya. Pakai lip balm. Untuk lembutkan kuping kuping tu. Then anda scrub bibir perlahan-lahan.

2. Elakkan menjilat bibir yang kering sebab saliva atau air liur kita, hanya akan menyebabkan bibir jadi bertambah kering.

Cara Tradisional Nak Merahkan Bibir

Buah beet bersaiz sederhana
Minyak kelapa
Pengisar makanan

1. Cuci buah dan buangkan kulit. Potong beet dalam kepingan kecil dan masukkan ke dalam mesin pengisar makanan. Pastikan anda tidak menambah air ke dalam beet kerana ia hanya akan mencairkan warna buah.

2. Buah beet yang dikisar tadi dimasukkan ke dalam bekas kecil. Bekas atau balang yang anda gunakan mesti dibersihkan dan disterilkan.

3. Tambah kira-kira satu sudu teh minyak kelapa ke dalam balsem buah beet. Sekiranya anda menggunakan kuran daripada satu sudu minyak, maka formula tadı akan berubah menjadi kering dan berkeringat di bibir. Anda boleh menggantikan minyak kelapa dengan madu atau beeswax kerana ia baik uituk melembapkan bibir.

Campuran tadi dikacau sama rata. Sejukkan dan tunggu sebelum menggunakannya. Oleh kerana warna bibir ini semula jadi dan bebas dari bahan pengawet, anda perlu menyimpannya di dalam peti sejuk untuk tahan lama.

Sapukan ke bibir dan selepas seminggu bibir kelihatan lebih lembut dan merah makngah.

Moga bermanfaat.

Published by
Nadia