Macam mana nak pilih foundation sesuai dengan warna kulit, anda mesti tahu dulu asas skintone.
Barulah ngam dengan kulit dan tak nampak terlalu putih dan gelap. Okay jom baca perkongsian daripada saudari Diyana Manaf ini, mudah nak faham.
Secara asasnya, under skintone ada 3 jenis iaitu neutral, cool and warm undertone. Jadi perhatikan urat di nadi warna apa:
Biasanya tone neutral urat akan berwarna hijau dan biru. Jadi pilihan shade terbaik untuk neutral adalah natural atau ada setengah produk dengan tanda N.
Biasanya tone cool urat akan berwarna ungu dan biru. Jadi shade for cool tone is more to ivory, light and pink or dengan tanda C.
Biasanya warm tone urat akan berwarna hijau olive dan coklat. The best shade for warm tone is golden,yellow, caramel atau dengan tanda W.
Saya sendiri termasuk dalam kalangan neutral undertone. Jadi pilih shade natural beige.
Selepas ini tidak ada lagi shade gelap dari skintone. Hanya pilih berdasarkan based on your under skintone.