Kecantikan

Pilih Baju Raya Ikut Bentuk Badan, Terus Nampak Slim Dan Tinggi

Share

Kalau nak tahu, pilih baju raya pun kena ada tipnya. Barulah nampak slim dan tersarung kemas di badan.

Tak nampak macam pakai baju orang dan saiznya akan ‘ngam’ elok jika ikut tip ini.

Tip Pilih Baju Raya Ikut Bentuk Badan

Rupanya bentuk badan kita pun menentukan cutting baju kurung apa yang sesuai kita nak pakai. Jadi anda boleh hadam awal-awal sebelum membeli, tak ada lah rasa tak puas hati bila pakai di pagi raya.

Jom ketahui baju kurung apa yang patut anda pakai untuk tahun ini bagi nampak cun dan selesa bila pergi beraya.

 

KURUNG PAHANG

 

•Kurung Pahang akan kembang di bahagian bawah.
• Badan yang kurus dan tinggi akan nampak lebih menarik.
• Tidak sesuai untuk bentuk badan berisi dan rendah, nanti nampak lagi gemuk.

 

PESAK GANTUNG

• Untuk badan yang rendah dan memiliki perut buncit.
• Pesak gantung kembang lebih sedikit berbanding Kurung Pahang.
• Bagi impak langsing pada pemilik perut buncit.

CUTTING DUYUNG

• Sesuai untuk bentuk badan epal, hourglass, lurus dan chubby.
• Tak sesuai kalau bahagian bawah badan besar.
• Cutting ni beri keseimbangan pada bahagian bawah.

CORAK SEPADAN

Sangat sesuai untuk yang bertubuh rendah dan kecil.
• Memberi ilusi tinggi kepada pemakai.
• Cutting baju tidak terlalu besar, dan labuh di paras atas lutut.

 

DART DEPAN

• Untuk yang berpunggung besar tapi ukuran dada lebih kecil.
• Sesuai untuk pemilik perut leper.

DART BELAKANG

• Untuk pemakai yang ukuran dada nya lebih besar tapi punggung leper.

Hah, selepas ini pastikan anda beli baju kurung yang sesuai ikut tip ini ya! Mesti nampak ‘wow’ di pagi raya.

Tetapi kalau anda masih tak tahu nak cari di mana baju yang cantik dan sesuai, cuba tengok pilihan di Butik Icahfa.

Antara pilihan yang ada untuk tahun ini adalah Permahsuri kebaya, Batik Maya, Ratu riau kurung, Sarimah sulam, Lekuk klasik, Balqis kebaya dan Tradisional Kurung.

Banyak Pilihan Warna Menarik

Jangan risau, memang ada banyak pilihan warna yang menarik macam merah, kuning, olive green, royal blue, lilac, sage green, dan banyak lagi. Eh, warna tema tahun 2024 iaitu burnt orange/brick pun ada, tau! Dan setiap koleksi ada paling kurang 7 warna.

Tak perlu risau dengan cuaca panas sebab material cotton yang diguna sangat selesa dipakai. Yang nak nampak lagi berseri, boleh pilih yang dihias dengan diamond.

Owh ya, cutting memang sedap dipakai! Jadi tak perlu risau kalau anda beli secara online pun, tak payah alter. Pasti terletak elok di tubuh badan.

Agak-agak rasa berkenan, boleh cuci mata melalui online atau terus ke butiknya yang ada di Bangi, Shah Alam, Kuala Lumpur, Johor, Kedah dan Terengganu.

Gambar: Butik Icahfa

Published by
Nadia