Kecantikan

Tip Pakai Skincare, Berapa Lama Nak Tunggu Sebelum Sapu Yang Lain?

Share

Tiap kali pakai skincare, sebenarnya berapa lama nak kena tunggu sebelum sapu produk pada kulit wajah untuk kesan terbaik?

Haaa… jom kita cuba baca tip cantik daripada saudari Farah Juliana, barulah berbaloi dapat kesan yang cepat!

Tip Pakai Skincare

Ada lima rutin kecantikan yang mudah, cuma perlukan sedikit masa untuk pakai seterusnya. Jangan main sapu, ya!

1. Pencuci Muka

Make sure muka orang basah basah untuk apply cuci muka, bila muka sudah basah, tak perlu tambah air lain dekat cuci muka sebab muka dah quite damp jadi boleh terus apply okay.

2. Toner

Toner pulak pakai bila muka korang tengah basah lagi bagus supaya senang nak serap kat kulit plus memang selesa sangat apply waktu muka basah.

3. Serum

Next serum pulak boleh tunggu dalam 1 ke 2 minit after dah apply toner. Make sure dap seluruh muka and sapu rata kat muka.

4. Moisturizer

Tunggu 1 minit sebelum nak apply serum. Make sure bagi serum fully absorb dulu baru korang boleh apply pelembap okay.

5. Sunscreen

Sunscreen boleh tunggu dalam 20 minute untuk make sure segala skincare yang dah pakai fully kering and boleh pakai sunscreen.

Nampak tak? Tak perlu lama pun nak tunggu yang seterusnya. Jadi, anda boleh rajinkan diri pakai set penjagaan wajah setiap hari dengan cara ini. Barulah kulit sihat dan glowing!

Published by
Nadia