Kalau anda mempunyai jenis kulit kering, boleh cuba amalkan minuman jus menggunakan tiga bahan ini.
Menurut Puan Arsha Armalie, minuman ini juga boleh buang angin dalam badan dan membantu kurangkan masalah jerawat.
Macam menarik, bukan? Jom tengok dulu, macam mana nak buat.
Halia
Carrot
Epal
Ikut sukatan yang anda nak buat, boleh buat banyak simpan peti tapi saya suka buat setiap hari, minum segar-segar.
Tengok kesannya memang menjadi kalau kosisten amal minuman ini.
Jadikan rutin setiap pagi nanti seminggu dah nampak result.
Nak cantik pakai set pejagaan kulit sahaja tak cukup, kena usaha dari dalam juga.
Jadi, bagi anda yang kulit kering, jangan lupa cuba minuman booster buatan sendiri ini. Jimat poket!
Kredit tiktok: Arsha Armalie