Ramai yang nak tahu tip awet muda tetapi tak ramai yang rajin praktik dalam rutin harian. Bukan sebab tak mampu beli tetapi malas nak belek wajah. Sudahnya, tanpa sedar, cepat kedut singgah sekitar bahagian mata.
Sebenarnya ada beberapa cara yang boleh diamalkan secara konsisten, yang mana anda boleh cuba sejak dari usia muda supaya boleh nampak kesan yang maksima.
Ramai yang tahu bahawa lidah buaya atau aloevera merupakan salah satu bahan kecantikan yang sangat bagus untuk kulit. Jadi, boleh juga tanam pokok lidah buaya ini di rumah supaya mudah digunakan.
Caranya: Kerat sebatang daun lidah buaya, asingkan isi yang jernih dan kemudian disapukan ke bahagian muka sehingga menyeluruh. Biarkan ianya kering dalam 20 minit dan bilas muka dengan air suam. Lakukan sebanyak 3 kali seminggu dan kesannya pasti tidak mengecewakan dan lakukan secara konsisten selama sebulan.
Tidak seperti telur ayam biasa, telur ayam kampung mempunyai nutrisi Vitamin E yang tinggi. Bukan sahaja murah, ia juga sangat bagus untuk kecantikan kulit.
Caranya: Asingkan putih telur dari kuning telur dan kemudian sapukan putih telur pda muka secara menyeluruh. Biarkan selama 15 hingga 20 minit dan pastikan ianya betul-betul kering. Bilas muka dengan air suam sehingga bersih. Sebaiknya gunakan masker putih telur ini selama sebulan dan rasainya kelainan pada kulit muka kita.
Beras merupakan antara bahan yang digunakan dalam petua kecantikan orang lama dan orang Thai. Banyak petua menggunakan beras sering dikongsikan ramai.
Caranya: Ambil segengam beras, di basuh 1 kali dan kemudian di rendam buat semalaman supaya menjadi lebih lembut dan kembang. Kemudian toskan beras tersebut dengan penapis hingga kering dan kemudian di tumbuk sehingga benar-benar halus seakan tepung.
Ambil sedikit dan campurkan susu segar, digaul hingga sebati dan sapukan ke seluruh muka seakan memakai masker selama 15 hingga 20 minit. Bilas muka dengan air suam dan dapat kita rasa kelembutan pada kulit wajah. Disarankan menggunakan mastker beras ini 3 kali seminggu untuk melihat kesan yang menakjubkan.
Penggunaan krim pelembap atau moisturizer yang mempunyai minimum SPF-30 dan ke atas bagi mengatasi masalah kulit kering adalah sangat penting kerana selain kekerapan kita berada di persekitaran berhawa dingin mahupun di bawah sinaran matahari akan membuatkan kulit kita mudah kekeringan.
Jadi krim pelembap dengan vitamin C membantu melindungi serta mengekalkan kelembapan kulit wajah.
Atau nak lagi berkesan, masa pakai pelembap anda urut wajah ikut cara yang betul.
@tipsawetmuda769 urutan untuk hilangkan kedutan antara pipi dan bibir #beautytips #beautyhacks #beauty #rahsiaawetmuda #awetmudacantiksehat #beautytok #flawlessmakeup #beautyroutine #urutmuka #urutpipi #urutanmuka #youthfulskincheck ♬ Chill Vibes – Tollan Kim
Apa apa pun, diingatkan bahawa proses penjagaan kulit ini perlu dimulakan sejak awal iaitu dari muda untuk kesan yang maksima. Jangan bila dah umur 40 tahun baru mula nak menjaga kulit ya!
Kredit video: tipsawetmuda769