Kecantikan

Tip Anti Jeragat Hanya Guna Tomato, Kulit Sensitif Pun Boleh Cuba

Share

Nak kulit cantik cara jimat, cuba amalkan tip anti jeragat yang memerlukan sebiji tomato sahaja. Ya, tak perlu pergi Spa, anda boleh manjakan wajah di rumah dengan cara ini.

Sebelum pergi lebih jauh, ketahui dulu apa kebaikan tomato pada kulit jika anda konsisten amalkan. Jom tengok macam mana saudari Syazaimeka

buat dan gosok pada kulit wajahnya.

KEBAIKAN TOMATO

Kajian pakar juga telah membuktikan bahawa buah tomato bukan sahaja sangat baik untuk kesihatan sama ada untuk kecantikan dalaman mahupun luaran, buah tomato dipercayai mempunyai vitamin A dan C yang tinggi dan antioksidan yang sangat berguna untuk melawan radikal bebas.

Apa yang best, bukan sahaja dapat glowingkan kulit, malah dapat menegangkan kulit dan memudarkan jerawat.

Cara Nak Buat:

Sapu seluruh muka, biarkan sebentar sampai kering. Ambil dan gosokkan pada kulit muka selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air biasa dan lap muka. Rasakan keajaibannya.

Buat setiap hari (seelokknya pagi). Kalau malas boleh buat 2 kali seminggu.

Nanti cuba amalkan ya, sesuai juga untuk anda yang kulit sensitif. Bagi kulit rehat daripada penggunaan skincare yang lain.

Selamat mencuba!

IKLAN